CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

...nota dari Tuan Punyer Rumah yang tak bertanah...

blog ini adalah blog peribadi NUR WAHIDA JANUDIN. diulang skali lagi.BLOG PERIBADI. SO,segala tulisan,isi kandungan di dalam blog ini adalah penceritaan saya sendiri melainkan ia dinyatakan di situ bahawa saya mengcopy dan mengpaste cerita tersebut.penulisan di blog ini lebih kepada perjalan hidup saya. SO,andai kata ada di kalangan pembaca mungkin terkecil hati,terasa hati,diserang penyakit jantung mahupun penyakit yang membawa maut akibat dari membaca blog saya ini.SAYA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB SAMA SEKALI. saya tau ramai yang berpenyakit HATI selepas membaca nota ini. ape aku kesah. KAU ADA? lagi satu. penceritaan di blog ini adalah hak saya. jika anda tidak suka,dengan senyuman sampai ke telinga saya mengesyorkan anda click tanda "x" kat atas sekali belah kanan nun :)
"BLOG SAYA.HAK SAYA."

Pages

Monday, October 31, 2011

Hutang...

tetibe hati terpanggil utk menulis mengenai hutang....
ape itu hutang????
ape yg aku paham hutang adalah meminjam sesuatu tak kiralah duit atau dalam bentuk barang...
janji istilah PINJAM...bila dh PINJAM tu kene la pulangkan balik...selagi tak pulangkan dikira berHUTANG...
bile dengar je perkataan HUTANG tu mesti rase seram sejuk dan kecut perut....hutang adalah fitrah hidup tapi cubelah mengawal hutang sebelum hutang mengawal korang semua....
dh cukup jelas kan dengan HUTANG ini...

kebetulan membaca majalah Maskulin Nov 2011 Vol. 122 terdapat artikel mengenai hutang dan beberapa tips berHUTANG dengan BIJAK...

Antara tips berhutang dengan bijak :-
1. "Fikir yang baik2 tentang hutang" - Bile sebut je pasal hutang, mesti terbayang benda2 negatif je kan....sbnrnya hutang tu tak der la jahat...tp yg jahat tu adalah penghutang tu sendiri....

2. Satukan semua hutang menjadi satu - kalo korang ade hutang spt kad kredit, kereta, umah or dsb seboleh2nya satukan menjadi satu akaun shj...supaya korang beringat yang korang ni dh banyak hutang...tak der la menambahkan lagi hutang yang sedia ada tu....

3. Orang kaya akan lebih kaya, Ada taktiknya - ader org berhutang sbb nk membiakkan duit tu dengan melabur atau berniaga...inilah taktik org kaya2 yang bijak berhutang...tp kene la berhati2 takut tertipu plak...skrg ni bukan sume org kita bleh percaya...

4. Maaf! Pinjam berpada2 dan bila perlu sahaja - hindari meminjam semata2 utk membeli barangan yang mahal spt perabot, aksesori rumah yang dirasakan tidak perlu, barangan peribadi berjenama dsb. Ukurlah baju dibadan sendiri....jgn ukur kat badan org lain...takut tak muat or terlebih besar pak baju tu....

5. Kenalpasti kemampuan kewangan - selalulah menyemak pendapatan bulanan spt penyata kad kredit, pinjaman rumah, pinjaman pendidikan, pinjaman kereta atau bayaran wajib yang lain...Adekah ia berada ditahap yang selamat atau setakat nyawa2 ikan shj....kene semak selalu sbb takut nt terover budget plak...

Tu dia beberapa tips yang ader dlm majalah tu....aku amik n olah sikit2 je..semoga aku tidak tergolong dalam kumpulan yang SUKE berhutang...walaupun aku hanya ader hutang kereta ngan rumah je (tu pun hutang rumah belum kene start bayar...tahun dpn br start bayar..)...lagi satu pesanan penaja....Sape2 yang meminjam PTPTN tu bayar la yer...kesian orang lain pun nk guna pinjaman tu jugak utk sambung blaja...jgn pentingkan diri sendiri tanpa membayar pinjaman tu.....kesimpulannya jangan berhutang dgn AH LONG...nt silap haribulan kepala boleh putus...huhu...family yang merana....

Saturday, October 29, 2011

kenapa manusia hari ini suke mencarut????


Mencarut merujuk kepada perbuatan MAKI-MAKIAN ataupun pengeluaran KATA-KATA KESAT. Secara umumnya, mencarut adalah kelakuan yang tidak membawa sebarang faedah. Perbuatan ini bukan sahaja membazir masa, malah mampu menjejaskan mentaliti pengamalnya. Selain itu perbuatan mencarut akan mengurangkan rasa hormat orang ramai terhadap diri seseorang. Seseorang itu dianggap kurang beradab, dan mempunyai mentaliti yang kurang matang. Dalam kebudayaan orang Melayu pula, mereka yang mencarut biasanya dikatakan kurang ajar. Ini membawa maksud yang amat keras, iaitu mempunyai ibubapa yang yang tidak mengajar tertib kepada anaknya disebabkan salah satu sebab iaitu kejahilan, kurang pendidikan, tidak menegah dari menggunakan bahasa-bahasa kesat sejak dari kecil lagi dan lain-lain. Kepada org yang suka mencarut, hentikanlah perbuatan itu. Usaha! Jangan merendahkan martabat anda sendiri dengan mencarut. Jangan dibiarkan lidah anda terbiasa mencarut, takut-takut sampai ke tua, lidah pun sudah liat hendak berhenti mencarut. Jangan sampai orang menutup mata dengan syahadah, kita pula menutup mata dengan mencarut. Nauzubillah…

Dalam Islam, kata-kata kotor, makian serta ucapan menghina merupakan satu perkara yang sangat tercela dan dilarang. Sesungguhnya segala sumber kata-kata kotor itu timbul daripada watak yang rendah dan jiwa yang hina.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Jauhilah olehmu semua kata-kata kotor sebab Allah tidak suka kepada kata kotor atau yang menyebabkan timbulnya kata kotor daripada orang lain.”
Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Seorang mukmin bukanlah tukang mencela, tukang melaknat orang, tukang berkata kotor dan berkata rendah.”
“Syurga itu diharamkan bagi setiap orang yang berkata kotor untuk memasukinya.”
Seharusnya kita perlu mencontohi perilaku Rasulullah s.a.w yang selama ini hidupnya tidak pernah melontar kata-kata yang menyakitkan pendengaran atau melukai perasaan orang lain.
Berkata Anas bin Malik r.a:
“Tidak pernah Rasulullah saw melakukan perbuatan keji, tidak pula kotor lidah (suka mengutuk) dan tidak pula mancaci maki. Ketika seseorang mencela Baginda orang yang kotor (berdebu) kerana banyak (sujud), Baginda hanya mengatakan “apa yang dia miliki.”
Rasulullah s.a.w adalah seorang yang benar-benar memelihara lisannya. Sekalipun terhadap orang-orang kafir yang menentang dakwahnya. Baginda tidak mudah mengeluarkan kata-kata laknat atau menyakitkan hati.
Abu Hurairah berkata bahawa ia menemui seorang lelaki yang ketagihan minum arak. Lalu dihadapkan lelaki itu kepada Nabi s.a.w agar dihukum. Di antara para sahabatnya ada mengatakan: “Saya memukul dengan tangan”, “saya memukul dengan kasut” dan “saya memukul dengan baju.”
Ketika lelaki itu berpaling (ke arah sahabat) seorang sahabat menyatakan semoga Allah s.w.t menghinamu! Maka bersabdalah Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Janganlah kamu meminta bantuan syaitan dalam menghadapinya.”
Daripada Abu Darda r.a, katanya, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
“Aku memohon  kepada Rasulullah s.a.w: Wahai Rasulullah, doakanlah (kecelakaan) bagi orang-orang musyrik. Rasulullah menjawab: Sesungguhnya aku diutus bukan untuk melaknat (mengutuk), tetapi aku diutus untuk memberi rahmat.”
Begitulah Rasulullah s.a.w dengan akhlaknya yang luhur telah memberikan contoh kepada umatnya agar selalu menghindari bertindak melulu dan selalu sabar dalam menghadapi setiap permasalahan.
Dalam konteks ini, jelas sekali sikap berlebih-lebihan dalam beragama yang menjadi pegangan sesetengah orang bukanlah dari ajaran Islam. Ini kerana Islam lebih mendahulukan sikap pertengahan pada setiap aspek kehidupan mereka. Bukan sekadar itu sahaja, bahkan Islam mengingatkan setiap umatnya agar tidak terjerumus pada dua kesesatan iaitu berlebih-lebihan atau sikap lalai.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Tunjukilah kami jalan yang lurus (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka dan bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.”(al-Fatihah: 6-7)
Di dalam masyarakat Islam tidak ada tempat dalam kehidupan kaum Muslimin untuk meremehkan nilai-nilai luhur yang dijunjung oleh Islam. Masyarakat Islam ialah yang menjunjung tegaknya nilai-nilai moral dan kemanusiaan yang luhur dalam kehidupan umat manusia.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Tahukah kamu siapa yang disebut orang bankrap itu.”
Para sahabat menjawab: “Orang yang tiada lagi mempunyai wang dan harta.” Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Orang yang bankrap adalah yang datang pada hari kiamat amalan solat, puasa dan zakat, tetapi bersamaan itu juga ia telah mencaci maki, menuduh, memakan harta tidak halal, mengalirkan darah (tanpa hak) dan memukul ini dan itu. Maka amalan baiknya dilimpahkan kepada orang yang berhak menerimanya (yang ia caci) dan jika amalan baiknya habis pada hal belum dapat menutup kesalahannya maka kesalahan (orang yang dicaci itu) dilimpahkan kepadanya, kemudian ia ditempatkan ke dalam neraka.”
Sudah sepatutnya seorang muslim itu memelihara lisan atau lidahnya daripada mancaci maki, walaupun dengan alasan yang kuat. Lebih utama memadamkan api kemarahan itu agar tidak terjadi permusuhan yang menyeret kepada perbuatan dosa.
Daripada Ali bin Abi Talib r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Yang berbuat keji dan menyiarkan kekejiaan itu berada dalam keadaan sama-sama berdosa.”
Firman Allah yang bermaksud:
“Kecelakaan besarlah bagi tiap-tiap pencaci dan pengkeji.” (al-Humazah:1)
Dalam ayat ini, Allah s.w.t mengutuk perbuatan jahat, iaitu menyebarkan fitnah, bercakap ataupun mengisyaratkan perkara yang jahat terhadap orang-orang lelaki atau perempuan dengan kata-kata ataupun  secara isyarat, atau perangai, atau secara mengajuk-ajuk, ataupun sindiran atau caci maki.
“Sesungguhnya Allah s.w.t itu pemalu, penutup (cela), menyukai malu dan tertutup, maka apabila salah seorang kamu mandi maka hendaklah ia ditutup.”
Demikian juga firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik. “Bukanlah tergolong daripada orang mukmin yang suka mencela, mengutuk dan mengeji. Dan bukan pula mereka yang berlidah kotor.” (an-Nahl: 25)
Daripada ayat-ayat al-Quran serta beberapa hadis yang dipaparkan jelas membuktikan bahawa Islam melarang umatnya mencarut dan memaki hamun sesama Muslim.
Ini kerana kerja-kerja mencarut adalah kegiatan dan perbuatan syaitan dan kenyataan yang mengatakan bahawa Islam tidak melarang umatnya mencarut adalah kenyataan beserta syaitan dan tidak benar. Mohon perlindungan Allah s.w.t daripada sifat yang buruk.

sumber : 

Thursday, October 27, 2011

Tanda-tanda kecil Kiamat


kalo dilihat dari senarai tanda2 kecil kiamat ni mmg kita dh nampak kan sumenye dh berlaku...
ader yang perasan ader yang tak....yang perasan buat2 tak perasan...yang tak perasan lagi menambahkan maksiat....entah la....tak tau nak cakap ape lagi...tepuk dada tanya iman....
semoga Allah s.w.t mengampunkan segala dosa hamba2nya yang lalai.....

Tuesday, October 25, 2011

Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy


Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara 
menjadi kuat, negara luar jadi hormat. Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat. Apabila pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat.
 
TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
 
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula
mengubah tabiat. Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat,  orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.
 
Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.
 
Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda ' bulat ' .
 
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat ..
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita ' bukti ' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.
 
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.
 
Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta ben da anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?
 
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.
 
(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa)
renung2kan dan selamat beramal

Keistimewaan Wanita Yang Allah Kurniakan Rahim

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang... sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya. Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak diaterima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini. Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggungditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan juga tidak derhaka kepada suaminya... 

Talkin orang asli

tgh aku dok godek2 email2 lama yg dh bersawang dlm inbox aku ni, aku terjumpe email ni...."Talkin orang asli"...tak tau betul ke tak ader talkin ni sbb tak penah duduk ngan org asli pun....huhu....jom kita baca mcm mana taklin tu....


email aku dapat dr seorang kawan lama....



Kisah ni aku kutip dari pengalaman seorang pemburu masa aku outstation kat kuantan dulu...Tempat dia tinggal ni memang dekat ngan kampung orang asli dan dia ni memang dah ramai kenalan kat situ...ada banyak cerita aku nak kongsi ngan korang...itupun kalau sudi nak baca...

Ini cerita pasal cara-cara orang asli berucap (dlm Islam kite panggil talkin ler) untuk si mati..tapi seingat aku diorang ni bukan beragama Islam. Diorang gelarkan si mati tu AJIS walaupun tu bukan nama si mati semasa hidup. Bila mayat tu dah ditanam, salah seorang kaum diorang/ tok batin pun start lah baca 'ucapan' macam imamlah...) bunyinya camni : "HAI AJISS...MATI JUGAK KAO AJISS...SEKEJAP LAGI ADA ORANG BESAR MAU  DATANG...( kalau kita, malaikat mungkar dan nakir) KALAU DIA TANYA, KAO JAWAB YANG BAIK-BAIK SAJA...YANG JAHAT-JAHAT DIA TAK TAU...KALAU DIA PUKUL KAO DARI KANAN...KAO ELAK KE KIRI...KALAU DIA pUKUL DARI KIRI...KAO ELAK KE KANAN...KALAU DIA HANTAM DARI DEPAN...KAO ELAK KE BELAKANG...KALAU DIA HANTAM DARI BELAKANG..............PANDAI-PANDAI KAOLAH AJISSSSS......" Pastu komat kamit lah mulut pemberi 'ucapan' tu...dan diorang pun beredar dari situ...dari mula sampai habis 'ucapan' , kawan aku yang ikut diorang pi tanam mayat tu kena tahan gelak sampai merah padam muka dia...bila orang asli tu tanya ngape...kawan aku cakap. "sedih...." Pengajarannya.......... Dia orang pun percaya juga kat alam kubur.............


Batu Api....


tajuk apekah hari ini??????????
tetibe terpikir nak uraikan mengenai batu api....
apekah batu api itu????
sejenis makanankah???
sejenis minumankah???
atau sejenis pakaian????




jom kita fahamkan maksud sebenar batu api ni...





+


=








BATU API adalah simpulan bahasa yang membawa maksud orang yang suka menghasut....bagi aku definasi 'batu api' ni sama maksud dengan :-

  • penghasut
  • suka jaga kain orang
  • suka mendengki
  • suka fitnah orang
  • atau dgn bahasa kasar ''tak beradap"


jangan tenang kalau sejak sekolah lagi ..oh silap sejak azali lagi anda memang suka melaga-lagakan orang...hobi anda memang suka porak perandakan orang. sekiranya anda tergolong dalam kalangan si batu api, tahniah! memang kurang ajau!..g la sekolah balik walaupun anda sudah tua bangka....




pernah jadi 'batu api'? best tak? ape yang anda dapat kalau mengapi-api kan orang? atau lebih senang, melaga-laga kan orang? mungkin satu kepuasan bila nampak orang yang anda tak suka bergaduh besar...rasa seronok sangat sebab terasa diri macam 'BETUL' dalam semua perkara, padahal?


ada orang bergaduh...
kau menghasut

ada orang bertelingkah...
kau menyibuk nak tau

ada orang bertengkar...
kau melaga-laga kan dua pihak

ada orang berselisih paham...
kau sibuk jaga dalam kain orang


aku ni nak cakap pasal dosa, tak adalah sangat kan, sebab kekadang aku pon memang buat dosa! sehari mesti enam tujuh kali aku buat, aku rasa lah kan. tapi anda tau tak apa dosa nye kalau hobi anda yang suka melaga-lagakan orang?






p/s: kalau kau bergaduh dengan kawan kau ,sekali ada orang ketiga yang konon nak 'jernih' kan keadaan,better tak payah percaya,kadang dorang ni lagi teruk dari 'batu api' serius! setiap perbuatan yang kau buat,kawan sekolah atau kawan yang dah lama kenal akan menilai kau sendiri.tak payah nak 'acting' orang dah tau.anda bagaimana? 



this artikel aku dapat http://qisgudgurl.blogspot.com/2011/03/fire-stone-batu-api.html and ada yang aku olah ikut bahasa aku...







Perlu ke kau cipta situasi yang menjebakkan orang agar boleh kau jadikan topik keji mengeji kau….? 
Tak perlu kotttttttttttt……
Oh dan yaaa!  Kepada si stalker yang rajiiiiin sangat jadi balaci nak stalk any blog or fb so ever… stop it boleh tak?  Tak perlu kot nak mengadu domba kat orang lain or nak cucuk² orang kononnya status tu untuk si polan binti si polan…. dalam erti kata lain, ko nak jadi reporter?  Or si Batu Api or si Balaci?  Ko pilih sendiri yaa….!
Dunia ni bulat, ko umpat C pada B.. belakang ko, si B umpat ko kat si A… ko tahu tak??  Tak tahu??  Kasihannnnnnnnnnn……. Pendekata yang kata ye panjang tak kata ape2, ko umpat dia, dia umpat ko sampai bebila pun tak abis sifat batu api dan hasad dengki… Duduk diam² tak boleh agaknya?
Dan lagi, last but not least…. orang dah ngadu kat ko tentang luahan hati dia, perlu ko ngekek² plak pi jaja luahan dia kat orang lain… bangga sangat ke sebab orang tu tertipu dengan kebaikan ko?
this artikel aku dapat http://sw33tdarling.com/2011/07/tak-perlu-kot-nak-jadi-batu-api/ and ada yang aku olah ikut bahasa aku...ape yang aku tulis ni utk RENUNGAN bersama2 ye...saling  ingat mengingati pada sape2 yang dh terlupa dgn simpulan bahasa ini...


Last but not least, jangan suka mencari kesalahan atau kelemahan orang lain….

Sunday, October 23, 2011

Apa itu Blog???


Blog? Apa Blog tu? Apa beza pulak blog dengan laman web?Blog salah satu cabang web juga, atau nama penuhnya web blog.Cuma pada sasaran dan rekabentuknya berbeza sahaja dengan web sebenar. Blog banyak jenisnya… selain ianya bersifat jurnal dan peribadi, diantara jenis lainya ialah blog yang berbentuk foto (blogfoto) seperti fotopage dan flickr,video blog (vblog) seperti youtube dan metacafe,ada podcast dan sekarang ni makin bertambah dah memacam bentuk pulaknya…
Posting aku kali ni cuma nak mengenalkan kepada korang kenapa zaman ni kena ada blog.Terpulang pada korang nak sifatkan ianya sebagai apapun. Layan je laa ye…
Setiap blog dikategorikan mengikut tajuknya yang tertentu,antaranya blog automotif, blog technologi, blog fesyen dan banyak lagi. Kenapa kita perlukan blog? Berikut adalah 10 sebab kenapa kita melibatkan diri dengan blog:



1. Emosi:
Hidup yang sibuk dan terlalu banyak tekanan dan pelbagai jenis masaaalah lain yang timbul.Blog adalah antara cara untuk meluahkan perasaan,meredakan tekanan dan terapi untuk emosi.


2. Ekonomi:
Dengan keadaan ekonomi yang amat berbagai(tak menentu) zaman penuh technologi sekarang ni, blog juga antara sumber pendapatan secara sambilan mahupun tetap.Pelbagai cara untuk menghasilkan pendapatan pada blog.Blog yang menghasilkan pendapatan sama seperti berniaga.Perlu berfikir sama seperti seorang ahli perniagaan.


3. Diari:
Kalau dulu di zaman sekolah pasti ada kisah diari terutamanya golongan perempuan. Laki pun ada tapi jumlah yang kecil. Diari yang cukup popular dipanggil biodata diri, buku biodata atau apa-apa sahaja.Kalau penggal sekolah berakhir mulalah buku-buku ni akan keluar untuk ditandakan apa – apa yang patut oleh kekawan sebagai menandakan tidak terputus hubungan satu hari kelak.Tapi di blog ini diadaptasi dari tradisi lama itu di ruangan maya untuk tujuan yang sama.Ianya boleh dilihat oleh rakan- rakan lama ataupun baru secara terus- menerus.Wah! dah tambah kawan baru tu….



4. Benchmark:
Ataupun dikenali sebagai kayu pengukur.Tentang siapa diri kita pada masa lalu dan pada hari ini.Adakah kita masih seperti 3 tahun dulu atau bertambah baik.Blog boleh menjadi kayu pengukur untuk kita imbas semua yang telah kita rintangi dan mungkin bakal kita rancangkan satu hari lain nanti.



5. Portfolio:
Sebahagian blogger akan menghantar pos berkaitan dengan tugasan dan kerja yang rutin di lakukan atau tentang hobi serta minat salam sesuatu bidang.sebagai contoh:Seorang pereka menghantar post tentang artworknya yang terkini, manalah tahu tiba satu hari kelak sebuah syarikat memerlukan pekerja dengan kadar segera dan diiklankan dilaman web dan suratkhabar.Tugas utama pereka tadi adalah untuk mendapatkan kerja itu.Jadi beliau perlu menghantar maklumat peribadi beserta salinan kerja pada syarikat terbabit.Sebaiknya hantarlah sekali dengan pautan blog yang mengandungi portfolio tu tadi dan siapa tahu syarikat tu amat berminat…. nasib la ye!



6. Kenalan:
Kenalan lama masa zaman sekolah dulu (teringat pulak zaman lagu rock jiwang) yang lama dah menghilang (lost contact). Buat posting dalam blog tentang imbasan zaman persekolahan atau apa zaman sekalipun siapa tahu akan ada yang datang kenalan lama dan terserempak dilaman blog yang kita bena.Insyaallah.



7. Komunikasi:
Percaya atau tidak dengan memblog dapat menambahkan keyakinan diri dalam kemahiran komunikasi,ialah blog sekarang ni bermacam – macam kisah dan postingnya.Terutamanya tentang politik,isu semasa dan macam – macam lagi. Pasti ada yang kurang setuju atau tidak setuju lansung, dengan hujah tadi dengan menjawab kembali apa yang mereka tidak setuju dapat menguatkan keyakinan diri.Tapi haruslah bijak mengawal emosi dan tetap tenang demi mempertahankan pendapat sendiri.Ya! disitu sudah ada kemahiran komunikasi yang baik dan keyakinan diri yang tinggi.



8. Minat:
Minat dan bakat boleh diadaptasikan dalam blog. Apa sahaja yang kita minat postkanlah didalam blog kita biarkan sesiapa sahaja yang membaca. Jangan biarkan bakat tu terbiar macam tu sahaja. Puaskan hati sendiri. Aku sendiripun akan membina beberapa laman blog dengan apa yang aku minat sejak dulu lagi.Cuma kesempatan dan masa sahaja belum mengizinkannya.



9. Menjual diri:
hahahah!! Isu sensatif ni…. jangan salah faham ok… bukan jual maruah tau! maksudnya kat sini mewar-warkan pada dunia tentang siapakah kita dan apa kepakaran yang kita ada? Apakah kemampuan kita?Jual kemampuan kita tu supaya wujudnya peluang,samada pekerjaan yang lebih baik melalui blog portfolio kita. Ataupun peluang mendapat pekerjaan sampingan boleh juga tambah sikit lagi pendapatan dan ekonomi diri, Juga boleh mewujudkan peluang perniagaan.Peh banyak lagi tu kalau nak disebut.



10. Ilmu:
Eh! kenapa ilmu last pulak ni? Ialah ilmu memang perlu pada awal sekali untuk memulakan memblog.Tapi kat sini aku nak kategorikan dalam lain kisah pulak…. sebagai contoh kita ni seorang doktor, peguam, novelis ataupun apa sahaja jawatan. Sebagai seorang blogger, ilmu-ilmu tadi tu dipostkan diruangan blognya. Dan ramai orang yang mengunjugi blog kita akan membacanya. .. wah! Berapa banyak orang yang dapat ilmu dengan membacanya. Bukankan menyamaikan ilmu itu satu amal jariah yang baik? Haa… tunggu apa lagi jom kita buat blog.



Saturday, October 22, 2011

Tazkirah di pagi Ahad...

Renungan untuk semua...

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu  beliau bertanya ( teka-Teki ):
Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita didunia  ini?"
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman
Murid 4 = " Kaum kerabat "

Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan  kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti  akan mati.( Surah ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan"
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "

Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah  MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak  akan  dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari  ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan  yang sesuai dengan ajaran Agama".

Imam Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "

Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan  nafsu  kita,jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

Imam Ghazali = " Apa yang paling berat didunia?"
Murid 1 = " Baja
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "

Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah
MEMEGANG  AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ).
Tumbuh-tumbuhan, binatang,gunung,dan  malaikat  semua tidak mampu ketika
Allah SWT meminta mereka menjadi  khalifah(pemimpin)di dunia ini.Tetapi
manusia dengan sombongnya  berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT
sehingga banyak  manusia  masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"

Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling
ringan  sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan
kita  atau  urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali didunia ini"
Murid- Murid dengan serentak menjawab = "Pedang "

Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini  adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya  menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.


"Ilmu itu ialah pertamanya = Diam,
Keduanya = Mendengar,
Ketiganya = Berfikir,
Keempatnya = Mengamalkannya,
dan Kelimanya = Menyebarkannya..."

~Sufyan At-Tsaury~

cakap salah tak cakap pun salah...

opsss...ape kene mengena entry kali ni....
hahaha...ntah la...bosan2 jom kita menulis...
yg penting mmg ader yg baca...hahaha...
drpd org tak tau aku ader blog...
makin ramai yg tau n viewers rating asyik meningkat je....
dr Melaka la dr KL la..dr Brunei pun ader jugak,,,terharunya....huhu....
thanks la yer kpd yg membaca walaupun kadang2 tak der ape2 input pun kat blog aku ni....
ni blog aku, cerita aku...
amik tag kak limy ye disini...
"cerita aku bukan cerita mu"....
kalo korang nak komen dipersilakan...
tak der sape nk marah....
nk bg komen membina ke nk mengutuk ke sikit pun aku tak kisah....
komen la....
sekali lagi aku tekankan kat sini ini "cerita aku bukan cerita mu"....
kalo rase menyampah jgn baca...gi baca blog2 yg lain....
banyak lagi blog2 yg lain....
cerita aku tak der kene mengena ngan kamu semua selagi aku tak mention nama sape2....
sila jgn la memerasankan diri....harap maklum ye....

Friday, October 21, 2011

Cerite kelakar

tgh godek2 email tetibe terjumpe pulak cerita pendek yg kelakar ni....jom kita layan kan....



Cerita ini berlaku dalam tahun 1997 di bandar Kuala Terengganu. Dipendekkan cerita... datanglah dua orang lelaki mat salleh (seorang berkulit putih dan seorang lagi negro) ke bandar Kuala Terengganu untuk menikmati keindahan negeri Terengganu sempena dengan Tahun Melawat Terengganu 1997. Setelah tiga hari mereka berada di Kuala Terengganu mereka pergi ke Pasar Kedai Payang untuk membeli telur untuk makan tengahari. Di Pasar Kedai Payang...

mat saleh : i want to by an eggs...


penjual : mender?? (apa?)


mat saleh : eggs...eggs...i want eggs..


penjual : nok mender?? mak cik dok fahang nih..


mat saleh : egggsss....eggsss...


penjual : mak cik katerr dok fahang...dok fahang ahh..


Oleh kerana terlalu berang dengan mak cik (penjual) yang tidak faham english maka, mat saleh (kulit putih) telah menunjukkan 'telurnya' kepada mak cik tadi..


penjual : ooo..kabo lah nak beli telurr...

Mak Cik itu pun bagi lerr telur kat mat saleh dua orang tadik. Oleh kerana terlalu lapar dan terlalu berang dengan peristiwa di Pasar Kedai Payang tadik...maka mat saleh dua owang tu pun makan dengan banyaknya tengahari tu. Nak dijadikan cerita..telur yang mereka beli tadik pun habiss dan mat saleh (kulit putih) pun menyuruh negro pulak pegi beli telur kerana dia dah tak sanggup lagi nak menghadapi mak cik tadi. Maka dengan berat hati negro tu pun pergilah beli telur kat Pasar Kedai Payang ngan mak cik tadi.

negro : i want to buy an eggs...eggs..

penjual : menda?? menda?? nak beli menda??

negro : eggs...egss...eggsssss...

Tiba-tiba negro tu pun teringat lerrr masa dia ngan kawan dia beli telur tadik. Dengan penuh yakin dan 'konfidennya' negro tersebut menunjukkan 'telurnya' kepada mak cik penjual telur. Maka dengan penuh
yakin dan 'konfidennya' juga mak cik penjual telur tu pun memberikan telur masin (telur yang dibalut dengan campuran tanah liat dan arang)kepada negro tersebut. Apa lagi... tergezut beruklah negro tadik kerana telur yang dibelinya tidak sama dengan telur yang dia dan kawan dia beli tadi....muakakakakakaka...

Pesanan Penaja : "Benda Yang Serupa Tak Semestinya Sama"




*ops citer ni agak terlalu sensored...huhu....

World's Top 10 Most Disgusting Drinks



World's Top 10 Most Disgusting Drinks
What drinks are not only invented the inhabitants of the planet! Alcoholic and nonalcoholic exotics can sometimes surprise, amaze and even shock the Europeans no less than the infamous Thai fried cockroaches or Paraguayan stuffed rats. Introducing the top-10 most heinous beverage world.

01 Blood snake
www.RiteMail.Blogspot.com
 
It turns out, feast on the blood of love, not just vampires. Natural fresh just extracted blood snakes you will be offered on the island of Java as an exquisite treat. Incidentally, this disgusting drink and headed the rating of the most horrific of exotic dishes of the world. To impressionable tourists can dilute the blood strong alcohol. Why drink it? Locals say that such swill gives men power.


02 Kopi Luwak
 
www.RiteMail.Blogspot.com
 
This world's most expensive type of coffee made from excrement. Indonesian animals - palm civet like to eat coffee beans. However, in their stomach so hard food is not digested, but is enriched by special enzymes. Thanks to these coffee from these beans can be a particular refined taste, so esteemed by gourmets. About where they visited the grain before you get to your kitchen, it is better not to think.


03 Cynar
 
www.RiteMail.Blogspot.com
 
Spicy bitter-sweet smell of dirty laundry gray-green Italian liqueur tsinar able to taste only amateurs acute culinary sensations. It is prepared in very limited quantities of more than a dozen different herbs, and insists on the artichokes. If you already have ventured to try a strange cloudy liquid, then know that use it made of ice before a meal - an appetizer, and a smoked sausage of pork.


04 Wine with mice
 
www.RiteMail.Blogspot.com
 
This is probably the most shocking souvenir, which only can be brought from South-East Asia. It is guaranteed to cause vomiting in any European. The fact is that in Korea and China, rice wine made to insist on two-, three-day mice. The tiny little corpses floating in bottles like zaspirtovannym exhibits Kunstkammer - not a sight for the faint of heart. It can last a lifetime recapture the desire for alcohol.

05 Jagermeister
 
www.RiteMail.Blogspot.com
 
No accounting for tastes, but opinion on the German representative of the family of bitter liqueurs-beater completely opposite. Some consider it a perfect aperitif, while others remember the annoyingly-bitter taste. "Egermayster" is made from more than 50 different herbs, but the most unpleasant and unacceptable to many flavors creates licorice. In the meantime, this original liqueur was invented as a medicine for improving digestion.

06 Koumiss
 
www.RiteMail.Blogspot.com
 
Most people are comfortable with the cow's milk, but when it comes to mare's milk, many frown. Indeed, it usually has a characteristic odor. Sour-sweet frothy fermented drink from it - mare's milk - even if devoid of this shortcoming, but also like not everyone. But kumiss koumiss discord: it can make a very strong, with the alcohol content, it will fell like a very stiff vodka, but can, however, make a light, refreshing, helps get rid of the hangover.
07 Chicha
 
www.RiteMail.Blogspot.com
 
Latin American chicha, known since the time of the Incas - one is usually difficult for the foreigners fermented beverage. Most of this murky liquid light straw color is made from maize or cassava, but in some regions of the word call any drinks from fermenting grain or fruit. On the palate, it resembles a very concentrated apple cider, leaving a strong and many are not pleasing sour aftertaste. But do not exclude themselves not to drink Chichua never in my life! Try "chicha Morada. Purple beverage that is brewed from corn with pineapple peel, cinnamon and cloves, is not fermented, but then mixed with sugar and lemon. Maybe its taste will delight you.

08 Kvass
 
 
www.RiteMail.Blogspot.com
 
"What could be better than a cold drink kvas a hot summer day!" - Many people think of us. However, foreigners are often mentioned by the drink are among the most heinous, and the Internet can be found chilling stories as "those dreadful Russian" Western man tried to drink something nasty, sour, cloudy, and even worse - to feed the flooded kvas salad, for some reason referred to as a cold soup hash.
for reprinting should indicate the source - turist.ru


09 Unicum
 
www.RiteMail.Blogspot.com
 
In addition to strings of peppers and a good wine, one of the most popular souvenir from Hungary is considered to be liquor-didzhestiv Unicum, which makes for a secret formula from more than 40 different herbs. It is sold in a beautiful round bottle of greenish glass, decorated with a golden cross on a red background. It seems that the only function of the Hungarian liqueur - a decoration of the bar, because it is impossible to drink! Of course, you can try to add it to cocktails, but even there his "medicinal" taste will be quite bright and can spoil everything.

10 Kombucha - kombucha
 
www.RiteMail.Blogspot.com
 
Many people remember the horrible slimy Kombucha, who lived in Soviet times, the three-liter jar on the windowsill every second family. Slippery muck had to be regularly removed from the banks, washed, separated into layers, and then ring up all the friends, inviting them to take the "kids". 2-3 days ordinary tea turned into a strange sour liquid, according to several doctors, very useful. But in the West enterprising beverage manufacturers have decided to make Kombucha money and it does not hurt the fragile psyche of the inhabitants, and were let out of his drink Kombucha, poured into ordinary plastic bottles and decorated with stylish label, positioned as a necessary component of a healthy diet. Our compatriots abroad drink it and not even aware that this is still the same old acquaintance - Kombucha.
 

Koleksi Gambar Pandir

haha...jom layanzzz koleksi gambar2 pandir ni....




















hahaha...ader jugak eh gambar2 mcm ni....