CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

...nota dari Tuan Punyer Rumah yang tak bertanah...

blog ini adalah blog peribadi NUR WAHIDA JANUDIN. diulang skali lagi.BLOG PERIBADI. SO,segala tulisan,isi kandungan di dalam blog ini adalah penceritaan saya sendiri melainkan ia dinyatakan di situ bahawa saya mengcopy dan mengpaste cerita tersebut.penulisan di blog ini lebih kepada perjalan hidup saya. SO,andai kata ada di kalangan pembaca mungkin terkecil hati,terasa hati,diserang penyakit jantung mahupun penyakit yang membawa maut akibat dari membaca blog saya ini.SAYA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB SAMA SEKALI. saya tau ramai yang berpenyakit HATI selepas membaca nota ini. ape aku kesah. KAU ADA? lagi satu. penceritaan di blog ini adalah hak saya. jika anda tidak suka,dengan senyuman sampai ke telinga saya mengesyorkan anda click tanda "x" kat atas sekali belah kanan nun :)
"BLOG SAYA.HAK SAYA."

Pages

Thursday, October 30, 2008

PSA.....

hari ni berjalan-jalan cari pasal ke Poli Shah Alam...huhuh...cari pasal????....kalo cari pakwe hensem pun best gak kan...heheh...nampak sangat tahap kegatalan tu dan meningkat...huhuhu....tak kuasa nak menggatal2...kalo nak menggatal gi lerr kat SABAH...hahahah...so 3 hari ni berkampung di PSA....best ke tak???hurmmm...tak tau la best ke tak...Fiza pun takder kats ana...sorg2 je la jawabnyerrr....leh kot balik umah jap...hehe...balik kg lagi...ehhh bukan...balik bandar la....heheh

Wednesday, October 29, 2008

Hahaha....


Sukenyer hati hr ni tak payah gi interview SPP tu...dah la tak prepare ape2 pun...nasib baik tak yah gi...leh la bersenang lenang...heheh...hari ni hari makan sedunia..so leh makan je hari ni..huhu...petang nanti leh gi gym utk buat balik lemak2 yang berkumpul tu...hehehe...tapi leh ke kurus lagi...bdn dah besau mcm ni....


Monday, October 27, 2008

Perpisahan.....

Adat suatu pertemuan mesti berakhir dengan perpisahan..cume cara perpisahan itu sj yang berbeza...tak ader makhluk dimukabumi ini yang boleh lari dari bertemu dan berpisah....itu adalah kenyataan yg perlu ditempuhi..PERPISAHAN...ungkapan yang begitu menakutkan...kenapa perlu ada yang kecewa dan terluka disebabkan ungkapan itu....Pertemuan dan Perpisahan....sume itu telah ditetapkan oleh Pencipta...cume kita yang melaluinya merasa ape itu erti perpisahan......

Cinta Kain Putih

Ku jalan sendiri tiada tempat
Untuk menanti
Tiada mu aku menyepi
Bayanganmu aku mencari...
Ku sangkakan hujan
Tapi taufan datang melanda
Ku mencari tanpa pegangan
Dan tersungkur di ketepian
Kain putih yang kuberi padamu
Kini pudar warna-warnanya
Kuselimut di atas ikal rambutmu
Kian jatuh terus cecah ke bahu...
Ku mencari bayangmu tiada
Di langit biru di lautan api
Kau hilang dan semakin jauh
Hujung dunia kita berjumpa
Bila ku lihat kau dihancur
Bagaikan luruh bunga yang gugur
Kusunting dirimu
Kan kugenggam hatimu itu
Kan kujaga wahai bungaku
Kau kan tumbuh subur mewangi
Kau mekarlah wahai mu bunga
Subur menguntum ditaman hati
Kau hilang dan semakin jauh
hujung dunia kita berjumpa

Thursday, October 23, 2008

Takutnyerrr....

Takutnyer nk interview...rase badan ni seram sejuk..huhu...sape leh tlg aku....tolong la aku......hwaaaaaaa.......bile la penyeksaan ni nak berakhir.....

Tuesday, October 21, 2008

Tangani Tekanan Perasaan....

Cara2 mengatasi tekanan perasaan......
• Lebihkan amal ibadat, sentiasa redha dan berserah kepada Allah
• Bijak mengatur soal-soal kewangan
• Belajar untuk mengatakan 'tidak' kepada tugas yang tidak boleh dibuat
• Gembirakan hati semasa kesulitan
• Rancang kerja dengan teliti
• Berkongsi masalah dengan keluarga atau rakan karib
• Belajar untuk beristirehat
• Tidur dengan secukupnya
• Selalu bersenam bersenam
• Makan secara sihat
• Jangan merokok atau minum minuman keras
• Dapatkan nasihat pakar, jika anda tidak berupaya menghadapi masalah


Sunday, October 19, 2008

~~<<@



Tak sesiapapun inginkan kesedihan & tak sesiapapun mampu untuk bersunggul disepanjang jalan kehidupan....Mampukah aku teruskan hidup dengan bersunggul disepanjang kehidupan ku?...Mampukah aku.....Mampukah aku??...Mungkin satu masa nanti kesedihan akan lenyap diganti dengan kegembiraan yang berpanjangan...Mungkinkah aku dapat merasai kebahagian yang dikecapi oleh org lain...



Thursday, October 16, 2008

Bengang tull....

Ya Allah...nape la aku leh dapat student yang mcm ni...menyakitkan hati aku jerr...aku suh dtg petang ni buat ujian...dia tak datang plak...eiiii mmg sengal la budak ni...sape la yang malang dapat budak ni...aku dah geram sgt aku bagi je markah ujian dia tu 10/100...hahahah...padan muka...aku dah malas nak pk pasal budak yang menyerabutkan kepada otak aku ni...lantak dia la...aku malas nak amik peduli pun..ikut ske dia la nak jd pe...kita nak tolong dia..tapi dia yg tak nak tlg dr sendiri...lantak arr....

Wednesday, October 15, 2008

Phone...



Bile la agaknyerr leh pakai HP ni..huhu....lepas raya ni bajet lari la...kejar2 tak dapat jugak...termimpi2 jerr...hurmmm...ader sape2 nak bg hadiah ni kat aku tak??hadiah birthday ke...hadiah saja2 ke...hehhehe..

Tuesday, October 14, 2008

Menyusahkann jerrrr.....

penatnyerr melayan kerenah budak2 ni...susah sgt ke nak buat ujian tu..kalo tak nak blajar lg ckp la...takder la menyusahkan aku jerr...Penilaian bdk2 ni nak kene submit kat KJ jumaat ni..tapi tak siap lagi dsbbkan bdk2 yg tak buat lagi kuiz ngan ujian ni la...arghhhh tension tulll...ketuk kang baru tau....bile la diaorg ni nak sedar diri...kalo tak menyusahkan aku tak leh ke???.........cube la bg hati aku ni tenang sskit...takder la nak marah2 je...eiiii...babap kang baru tau...........

Monday, October 13, 2008

Penatnyerr....

video

Penatnyer hari ni...huhuh..bile la keje ni nak habis..keje lain tak siap lagi dah bertambah keje yang lain...huhuh...tension tulll...hurmmm

Vout bg litar R/2R ni ape tah...dlm modul ni mcm salah je.....dalam buku tak der plak...mane satu ni...sape nak tolong....nak ngajar mcm mane ni...huhuhu...mmg modul ni salah taip agaknyerr...tension tul aku....nasib baik baca dulu sblm gi ngajar..kalo tak...alamatnyer ajaran sesat la.....nasib korang la wahai anak2 murid ku.....hahahhaha

Sunday, October 12, 2008

budak nakal...

Budak nakal ni dah ilangkan akunyer earphone...bengang tull...nak kene gigit telinga tu agaknyer...melasak je....ikat kat tiang baru tau...
Budak nakal...ZAFRAN

Thursday, October 9, 2008

Movie...

FLIGHT OF THE LIVING DEAD

Flight of the living dead...baca tajuk nampak mcm seram..tak seram pun...cume ngeri je penuh ngan kejutan...terkejut...terkejut...So kpd sape2 yg ader skt jantung disarankan jgn tgk...takut plak mati terkejut..huhu..Ending citer ni tak berapa nak best...mcm ader sambungan jerr...mcm tak logik pun ader gak...huhu...so tgk la citer lain dulu....kalo dh xder citer baru la tgk citer ni...

Wednesday, October 8, 2008

mAkAn BuDak......


video


makan budak...huhu...takutnye.....


Ader sape2 yang berani kerr?????

Renungan....

4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:-
1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik keneraka oleh anaknya.
2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
4. Anak2 lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.
Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Tuesday, October 7, 2008

Tidooooo.........

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Mengiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Mengiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelangkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Sihat.....

4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas



Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih


Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat


Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

CiNtA@>>---

Cinta....cinta umpama hadiah drpd ALLAH swt kpd umat2nyer...kite ske apb mendpt hadiah...tapi...wajarkah hadiah lebih dicintai dan disygi dr PEMBERI hadiah?????
Jawapan=tepuk dada tanya iman....

Hellooo....

I'm new here...