CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

...nota dari Tuan Punyer Rumah yang tak bertanah...

blog ini adalah blog peribadi NUR WAHIDA JANUDIN. diulang skali lagi.BLOG PERIBADI. SO,segala tulisan,isi kandungan di dalam blog ini adalah penceritaan saya sendiri melainkan ia dinyatakan di situ bahawa saya mengcopy dan mengpaste cerita tersebut.penulisan di blog ini lebih kepada perjalan hidup saya. SO,andai kata ada di kalangan pembaca mungkin terkecil hati,terasa hati,diserang penyakit jantung mahupun penyakit yang membawa maut akibat dari membaca blog saya ini.SAYA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB SAMA SEKALI. saya tau ramai yang berpenyakit HATI selepas membaca nota ini. ape aku kesah. KAU ADA? lagi satu. penceritaan di blog ini adalah hak saya. jika anda tidak suka,dengan senyuman sampai ke telinga saya mengesyorkan anda click tanda "x" kat atas sekali belah kanan nun :)
"BLOG SAYA.HAK SAYA."

Pages

Sunday, November 15, 2009

kempen derma darah....

nie kempen derma darah tau bukan derma dara....jgn pikir yg bukan2 k....



en. drakula sila la amik darah ni...hehe...



-tamat-

utk renungan bersama...

video

video ni aku dapat sbb student aku yg bagi...mula2 tgk mmg gelak guling2...bile dah 2 3 kali tengok...sedih pun ader....sbb pe aku sedih?? sebab ade jugak manusia yg mcm ni....ni la padahnyer kalo mengambil remeh bab2 agama ni....bleh tak korang bayangkan kalo anak2 dr kecik tak dididik dgn agama ape diaorg akan jd bile dh besar nt...tu yg jd kes2 rogol, ragut, penzinaan, pembunuhan dan banyak lagi la kes2 jenayah...sbb diaorg ni tak takut ngan hukuman Tuhan....ntah bile la dunia ni nak aman....sbb tu skrg ni banyak berlaku gempa bumi, cuaca tak menentu...sumenye sbb dah banyak sgt maksiat & kejahatan yg berlaku di muka bumi ni....ishkk....ishkk...mungkin ni petunjuk dunia akhir zaman....wallahua'lam...

Saturday, November 14, 2009

ujian 2 tekno letrik 1

aku dah pesan ngan budak2 DKE1A yg aku nak wat ujian 2 hari khamis ( 12 nov 09)...siap aku bgtau lagi bab pe yg kuar....aku pun bajet la yg ramai leh lulus sbb soalan yg aku wat tu tak susah mane pun...

dgn keadaan yg tak berapa nak sihat (asyik bersin je...) aku pun gi la kelas malam tuk wt ujian tu....mungkin tak sihat sbb en KCK tak der kot....huhu...

bersemangat aku nak g wat ujian...mase sesi ujian berlangsung tak der la aku tgk yg meniru...tapi aku dapat agak yg ramai tak leh nak wat....hampeh tul budak2 ni...

usai ujian tu aku pun terus la menanda paper tu....dalam masa tak sampai sejam aku dan habis tanda dekat 20 paper...bukan sbb ramai yg jawab betull...tapi sbb diaorg bg balik soalan tu kat aku suh aku jawab...damnn...rase nak gulaikan je sekor2....

korang teka la bape org je yg lulus...markah lulus 50 ek....

penat tul aku terjerit2 dlm kelas...ingatkan paham...rupenyer tdo je...ape patut aku wat kat budak2 ni....rase marah sgt ni....

bile tanya ader soalan ke tak..sume senyap je...sume pun mcm paham...rupenyer tak paham....sakit tul hati aku....banyak ckp dlm kelas ingatkan mmg paham la rupenyer reti menjawab je.....

drpd 36 org tu 8 org je yg lulus....arrghhhh...tension nyerrr...mcm nak gigit2 je diaorg ni....ntah mcm mane la nak jawab final....letihnyer aku.....

tgk la isnin ni pe yg jadi kat budak2 tu....aku dah ilang sabar ni....

-tamat-

hari inovasi...

Pada 18 & 19 Nov 2009 ni akan berlangsung hari inovasi bagi student2 sem akhir...aku ditugaskan sbg pensyarah penilai....huhu..nak nilai ape pun aku tak tau...xpe la....layankan ajer la....

En. KCK ditugaskan utk wat banner hari inovasi tu...sian plak kat dia...so aku pun tlg la ape yg mampu...sorry ek en. KCK kalo design ni tak cantik...huhu...

hasilnyerr selepas 4 jam bertungkus lumus...en KCK nt blanja ek...jeng! jeng!


pas dh siap banner kene plak design 'bunting'..huhu...ni la jd alasan supaya aku tak masuk kursus...heheh...malas nak dgr ceramah...nt tetdo plak...huhuu...

ni la hasilnyer yg tak seberapa...penin nak pk...kalo tak cantik jgn marah ek cik anim...hehe


-tamat-

Wednesday, November 11, 2009

renungan......

Untuk renungan dan pengetahuan sahaja. Manusia hanya merancang, Allah S.W.T yang menentukan segala-galanya . Bukannya manusia ataupun email ini yang akan menentukan nasib kita. Cuma, kalau yang baik tidak ada salahnya untuk kita jadikan ikutan.. Thanks for reading.
Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!
Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!! !
PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.
KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua..
KETIGA..
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu
KEEMPAT .
Apabila kamu berkata, ' Aku Cinta Padamu', maka tunaikanlah.
KELIMA..
Pabila mengatakan, 'Maaf', tenunglah matanya.
KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.
KETUJUH..
Percayailah cinta pandang pertama..
KELAPAN..
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.
KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.
KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.
KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka..
KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.
KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,'Kenapa anda ingin tahu?'
KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
KELIMABELAS.
Ucaplah 'Semoga anda diberkati' apabila mendengar seseorang bersin.
KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda
KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.
KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.
KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.
KEDUAPULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

Sunday, November 1, 2009

Cara Bercinta

Anda dilamun cinta??? ye kot...heheh...banyak cara bercinta yg kita boleh tahu melalui pembacaan sama ada buku atau artikel di internet...malam td tengah bosan sempat la aku membaca sebuah buku "CINTA, JODOH & PERKAHWINAN" (pinjam buku cik nabila...hehe...thanks ek bg pinjam...)...so dalam buku ni ader menulis cara2 bercinta mengikut mcm2 kajian....antaranya dari kajian kumpulan Kod Cina, Kalendar Celtic (gol. org eropah ni...), kajian mengikut bulan kelahiran, tarikh kelahiran dan macam2 lagi la...sampai naik penin aku membaca ayat2 tu...

part yg aku lebih menumpukan perhatian adalah untuk diri aku sendiri...Antara yang ditulis di dlm buku adalah....jeng!!jeng!!jeng!!!...


Cara Bercinta dari Kajian Kumpulan Kod Cina

@ bagi yg lahir pada tahun1984

kod haiwan : TIKUS
---<@ Punyai rase cinta yang mendalam dan bersungguh dalam bercinta (mmg pun...cuma si dia je yg buat2 tak paham)
---<@ mencari pasangan yang blh memberi sokongan emosi dan memberikan suasana selamat (sape yg tak nak psgn yg blh bagi suasana selamat...sume org nak mcm tu...ape la...)
---<@ Pemurah kpd yg disayangi dan tanpa segan silu menyatakan perasaan cintanya (ye kot...hehe....nk bgtau kat dia yg kita syg kat dia kan...hehe)
---<@ memiliki pendirian yang rapuh dan terlalu berterus terang...(pendirian rapuh???hurmmm....)

elemen : KAYU
---<@ mengasuh, kreatif & ada sifat membangun (mengasuh pe la tu ye...)

polariti : YANG
---<@ biasanya bersifat "kelakian" seperti kuat, tegas dan aktif...(mmg pun..dah ramai dah yg ckp mcm ni...huhu...)

Cara Bercinta mengikut Kajian Kalendar Celtic

(^,^) pendiam, dingin, mudah terluka apabila org lain tak memberi perhatian (sgt2 betul....leh nangis tau...)
(^,^) selalu menghadapi kesukaran di dalam kisah cinta...(ader la skit...mesti ader dugaan kan...)

buat masa ni, nie je yang sempat nak tulis pun...banyak lagi assignment budak tak tanda lagi ni...huhu....nanti aku sambung lagi...banyak lagi ni nak tulis...heheh