CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

...nota dari Tuan Punyer Rumah yang tak bertanah...

blog ini adalah blog peribadi NUR WAHIDA JANUDIN. diulang skali lagi.BLOG PERIBADI. SO,segala tulisan,isi kandungan di dalam blog ini adalah penceritaan saya sendiri melainkan ia dinyatakan di situ bahawa saya mengcopy dan mengpaste cerita tersebut.penulisan di blog ini lebih kepada perjalan hidup saya. SO,andai kata ada di kalangan pembaca mungkin terkecil hati,terasa hati,diserang penyakit jantung mahupun penyakit yang membawa maut akibat dari membaca blog saya ini.SAYA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB SAMA SEKALI. saya tau ramai yang berpenyakit HATI selepas membaca nota ini. ape aku kesah. KAU ADA? lagi satu. penceritaan di blog ini adalah hak saya. jika anda tidak suka,dengan senyuman sampai ke telinga saya mengesyorkan anda click tanda "x" kat atas sekali belah kanan nun :)
"BLOG SAYA.HAK SAYA."

Pages

Wednesday, January 19, 2011

Sikap Ego Seorang Hamba

Untuk renungan bersama.....

Keegoan dan kesombongan seorang hamba ALLAH
Akhir-akhir ini golongan berpelajaran tidak begitu perihatin terhadap isu-isu agama. Mengapa perkara ini berlaku..adakah kita kekal dalam kejahilan dan kemaksiatan yang akan menjauhkan dari Rahmat ALLAH dan rasul-Nya…
Cuba renungkan pengertian Firman ALLAH dalam surah Maryam ( 64-65):

64. dan (berkatalah malaikat): "Kami tidak turun dari semasa ke semasa melainkan Dengan perintah Tuhanmu (Wahai Muhammad); Dia lah jua Yang Menguasai serta mentadbirkan apa Yang di hadapan  kita dan apa Yang di belakang kita serta apa Yang di antara itu; dan tiadalah Tuhanmu itu lupa,”

Pengertian : Segala ayat-ayat yang diturunkan adalah syariat(arahan) yang wajib dilaksanakan dan para malaikat menjadi saksi tentang perbuatan kita… tapi setiap saat  manusia lupa siapa dia, apa tujuan hidup dan apa yang patut dilaksanakan…
Atau sikap kejahilan terhadap agama walaupun dah memiliki diploma, ijazah pelbagai tahap….mengapa kita masih ego dengan kelulusan kalau masih jahil dan malas mempelajari hal-hal agama dan bertanya kalau tak tahu kenalah bertanya tantang perkara adakah betul atau salah dengan hukum syara’ …

Janganlah perbuatan kita akan mengundang kemurkaan ALLAH dan Rasul-Nya …Siapakah kita sebenarnya..dari setitik mani yang hina dan dihidupkan dengan pelbagai nikmat …Bila kita hendak mengucap syukur kepada ALLAH dan Rasul-Nya …sehingga ditimpa ujian/bala  atau  nanti pencen barulah terkail-kail untuk bertaubat…
MasyaALLAH manusia tidak mengerti erti hidup dan mati …..

Dan ayat seterusnya…..

65. "Tuhan Yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi serta Segala Yang ada di antara keduanya; oleh itu, Sembahlah Engkau akan Dia dan Bersabarlah Dengan tekun tetap Dalam beribadat kepadanya; Adakah Engkau mengetahui sesiapapun Yang sebanding denganNya?"

Pengakuan  ALLAH terhadap kuasa-Nya  keatas semua makhluk-makhluk-Nya …persoalan yang ditujukan kepada kita tentang kekuasaan-Nya dalam mentadbir segala urusan alam termasuklah kita yang dicipta dan dianugerah pelbagai rezeki termasuk kejayaan dalam pelajaran…tapi adakah memadai apa yang kita tahu sahaja….kita memang dituntut mempertingkatkan pengetahuan tentang agama dan amalan-amalan yang wajib kita laksanakan….
Cuba kita renungkan tentang sikap orang-orang Islam kini …begitu berani melawan hukum ALLAH dan Rasul-Nya … contoh pakaian wanita yang tidak mengikut krateria Islam dan kepala dibiarkan terdedah …YA ALLAH adakah kita berani untukmenanggung azab yang ALLAH sediakan bagi orang-orang yang engkar…

Cuba renungkan ayat dibawah Surah Fussilat ( 41) :

Sesungguhnya orang-orang Yang kufur ingkar terhadap Al-Quran ketika sampainya kepada mereka, (akan ditimpa azab seksa Yang tidak terperi); sedang Al-Quran itu, Demi Sesungguhnya sebuah Kitab suci Yang tidak dapat ditandingi,

Ayuh! Sahabat-sahabat ku …marilah kita sama-sama bermuhasah ..bila kita akan mati apa jawapan yang akan kita jawab didepan ALLAH…

Kredit to Ust. Adnan Derahman, PMM

No comments: