CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

...nota dari Tuan Punyer Rumah yang tak bertanah...

blog ini adalah blog peribadi NUR WAHIDA JANUDIN. diulang skali lagi.BLOG PERIBADI. SO,segala tulisan,isi kandungan di dalam blog ini adalah penceritaan saya sendiri melainkan ia dinyatakan di situ bahawa saya mengcopy dan mengpaste cerita tersebut.penulisan di blog ini lebih kepada perjalan hidup saya. SO,andai kata ada di kalangan pembaca mungkin terkecil hati,terasa hati,diserang penyakit jantung mahupun penyakit yang membawa maut akibat dari membaca blog saya ini.SAYA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB SAMA SEKALI. saya tau ramai yang berpenyakit HATI selepas membaca nota ini. ape aku kesah. KAU ADA? lagi satu. penceritaan di blog ini adalah hak saya. jika anda tidak suka,dengan senyuman sampai ke telinga saya mengesyorkan anda click tanda "x" kat atas sekali belah kanan nun :)
"BLOG SAYA.HAK SAYA."

Pages

Sunday, November 9, 2014

Resipi : Mee Udang simple

akhirnya...mempunyai kekuatan juga menulis entry kali ni...kali ni aku nak berkongsi resipi mee udang simple ala2 aku punyer la...ni pun berani nak kongsikan sbb en hubby cakap sedappp....sampai tambah berpinggan2...hoho....


bahan2nye:
  • udang kecik
  • udang galah size besar (ikut suke nak besar mane pun..udang ni aku beli sekg rm 65...)
  • ubi kentang 
  • lobak merah
  • udang kering
  • bawang merah (dikisar)
  • bawang putih (dikisar)
  • sos cili
  • sos tomato
  • kiub pati ayam
  • limau kasturi
  • telur (direbus)
  • daun bawang  (dihiris)
  • daun sup (dihiris)
  • cili merah / cili hijau
  • bawang goreng
  • cili kisar
  • mee kuning (dicelur)
  • sedikit minyak
  • sayur sawi / taugeh (dicelur)
cara2nya:

  • lobak merah dan kentang di rebus (untuk kepekatan kuah mee udang ye...terpulang nak letak banyak mane pun...)
  • blendkan udang kecik yang telah dibuangkan kulit + ubi kentang dan lobak yang telah direbus + udang kering 
  • tumiskan bawang merah dan bawang putih...dah garing masukan cili kisar...goreng sampai pecah minyak...pastu masukan bahan2 yang telah di blend td...tambah air kalo nampak kuah tu pekat sgt...
  • masukan sos cili + sos tomato + kiub pati ayam rebus sampai menggelegak....
  • masukan udang galah...bile dah masak udang baru perasakan dengan garam dan gula....
  • dh siap masak boleh la dihidang dengan bawang goreng, sayur sawi/taugeh yag dicelur beserta telur rebus, hirisan cili merah/hijau, daun sup + daun bawangdan limau kasturi
  • siap untuk dimakan....yummy....
selamat mencuba ye....

No comments: