CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

...nota dari Tuan Punyer Rumah yang tak bertanah...

blog ini adalah blog peribadi NUR WAHIDA JANUDIN. diulang skali lagi.BLOG PERIBADI. SO,segala tulisan,isi kandungan di dalam blog ini adalah penceritaan saya sendiri melainkan ia dinyatakan di situ bahawa saya mengcopy dan mengpaste cerita tersebut.penulisan di blog ini lebih kepada perjalan hidup saya. SO,andai kata ada di kalangan pembaca mungkin terkecil hati,terasa hati,diserang penyakit jantung mahupun penyakit yang membawa maut akibat dari membaca blog saya ini.SAYA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB SAMA SEKALI. saya tau ramai yang berpenyakit HATI selepas membaca nota ini. ape aku kesah. KAU ADA? lagi satu. penceritaan di blog ini adalah hak saya. jika anda tidak suka,dengan senyuman sampai ke telinga saya mengesyorkan anda click tanda "x" kat atas sekali belah kanan nun :)
"BLOG SAYA.HAK SAYA."

Pages

Tuesday, May 7, 2013

Susu Kambing utk Dayana

entry nk sedih giteww...tp memang sedih pun....sian my little princes...semenjak sibuk bebenor ni...susu badan mmg drop gile2...sian betul kat dayana kene bergantung kepada susu tepung...tp aku tak der la ralat sangat...kira ok la tu 9 bulan setengah dayana sempat merasa susu badan mama dia kan....sejak dia berumor 9 bulan lagi aku try search susu yang paling bagus utk anak aku ni...search punyer search ahirnya terjumpe la blog  hanisah ...so aku kongsikan skit ape yg aku jumpe kat blog2 yang lain...kiranya buat summary la ni....


1. Seperti susu lembu, susu kambing penuh krim tidak sesuai bagi baby di bawah setahun kerana kandungan mineral dan protein yang tinggi. Susu formula susu kambing (seperti Karihome) telah diubah komposisi mineral dan protein supaya sama seperti susu ibu.

2. Susu kambing dihasilkan melalui proses yang sama seperti susu ibu
    - Merocrine secretion - proses penghasilan susu lembu. Komponen sel tidak termasuk di dlm titisan susu
    - Apocrine secretion - proses susu ibu dan susu kambing. Titisan susu dikeluarkan bersama2 dengan cebisan sel ke dalam susu. Ini menyebabkan titisan susu mempunyai komponen sel yang tinggi berbanding susu lembu, termasuklah komponen bioaktives seperti nucleotides.

3. Protein- susu kambing mempunyai komponen beta casein dan kappa casein didalam nisbah yang menyerupai susu ibu. Manakala susu lembu tidak mempunyai nisbah yang sama, dan formula susu lembu terpaksa menambah whey protein untuk mendapat nisbah yang sama. Namun penambahan whey protein akan menambah pula paras beta lactoglobulin yang mempunya sifat allergenic (menyebabkan allergik)

4. Amino acid - kandungan amino acid di dalam susu kambing menyerupai paras di dalam susu ibu. Malahan jenis amino acid di dalam susu kambing adalah jenis yang disyorkan sesuai bagi bayi seperti yang disyorkan oleh International Expert Group

5. Fats - Susu kambing mempunyai kandungan medium chain fatty acids (MCFA) yang tinggi berbanding susu lembu dan susu ibu juga mempunyai paras MCFA yang tinggi. MCFA diserap ke dalam badan dengan pantas berbanding long chain fatty acids (susu lembu) dan tersedia untuk digunakan sebagai tenaga. Kajian juga menunjukkan MCFA dapat mengelakkan pertumbuhan bakteria dan virus di dalam usus.

6. Bioactives - susu kambing menyerupai susu ibu kerana mengandungi bioactives walaupun dalam kuantiti yang kecil. Kepentingan bioactives ini adalah bagi pertumbuhan bayi yang optimum, kesihatan usus dan juga pertumbuhan otak. Di dalam formula susu lembu, bahan ini terpaksa ditambah externally bagi memenuhi keperluan bayi.

7. Proses penguraian lebih mudah- susu kambing “digested” lebih senang berbanding susu lembu

8. Baik bagi kesihatan usus bayi

9. Mengurangkan risiko allergy pada bayi

susu kambing Step 2... untuk bayi berumur 6-12 bulan...


susu kambing Step 3..untuk yang berumur 1 -3 tahun...

amik ko...harga susu kambing karihome...

harga memang terbaik dr ladang....tak pe la dayana, mama habiskan duit utk tumbesaraan dayana...nasib baik pakai pampers yg murah pun ok...kira dah save kat situ la....cer la kira bp sebulan boleh habis????...huhu....

sebulan (step 2) dayana minum 6 tin susu ni.....RM 43.90 (harga dulu la...)...total sebulan RM 263.40
tu belum masuk lagi duit pampers + pengasuh + minyak2 + mandian + makanan + buah2an...
anak punya pasal...xpe la berhabis pun kan....

start hari ni dayana dh minum susu step 3...RM 91.90 (beli kat babydash.com dapat murah skit)...so mama anggarkan yg dayana minum dalam 3 tin sebulan ...dah RM 275.70....

so far semenjak bertukar susu ni dayana baru sekali demam...batuk ngan selesema belum ade lagi...alhamdulillah....mama & papa akan cari yang terbaik untuk dayana ye...



2 comments:

Dell said...

Dear, mydin 89.90. ;)

wAhIdAjAnUdIn said...

kat KK ni tak der mydin..huhu