CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

...nota dari Tuan Punyer Rumah yang tak bertanah...

blog ini adalah blog peribadi NUR WAHIDA JANUDIN. diulang skali lagi.BLOG PERIBADI. SO,segala tulisan,isi kandungan di dalam blog ini adalah penceritaan saya sendiri melainkan ia dinyatakan di situ bahawa saya mengcopy dan mengpaste cerita tersebut.penulisan di blog ini lebih kepada perjalan hidup saya. SO,andai kata ada di kalangan pembaca mungkin terkecil hati,terasa hati,diserang penyakit jantung mahupun penyakit yang membawa maut akibat dari membaca blog saya ini.SAYA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB SAMA SEKALI. saya tau ramai yang berpenyakit HATI selepas membaca nota ini. ape aku kesah. KAU ADA? lagi satu. penceritaan di blog ini adalah hak saya. jika anda tidak suka,dengan senyuman sampai ke telinga saya mengesyorkan anda click tanda "x" kat atas sekali belah kanan nun :)
"BLOG SAYA.HAK SAYA."

Pages

Wednesday, February 23, 2011

Berkempen "Tak Nak Merokok"


nie bukan kempen pilihanraya yer walaupun kat merlimau ni penuh ngan bendera2 n slogan pilihanraya....malas nk pk ok....np tetibe ader entry ni???...sbb tetibe nk berkempen...hehehe...aku tujukan khas entry ni kepada perokok2 tegar diluar sana...


mula 2 sekali kita tgk eh ape yg ader dalam rokok ni...jom2....layanzzzzz....




Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah  
  • bahan radioaktif (polonium-201)
  • bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone)
  • pencuci lantai (ammonia)
  • ubat gegat (naphthalene)
  • racun serangga (DDT)
  • racun anai-anai (arsenic)
  • gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di “kamar gas maut” bagi pesalah yang menjalani hukuman mati
Bagaimanapun racun paling penting yang terdapat dalam sebatang rokok adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.
  •  Tar - mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.
  • Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok.
  • Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%.
Ishkkk...banyak betul kandungan kat dalam sebatang rokok ni...tp pelik kan np perokok still isap rokok lagi....hurmmm....nak ckp tak tau kat kotak rokok sendiri der gambar2 yg menunjukkan rokok tu tak bagus...hurmmm...(pikir jap)....meh sama2 kita pikirkan...kat bawah ni der gambar kesan akibat merokok...






Ok2...kita beralih pulak kepada kesan akibat merokok kepada PEROKOK

  • penyakit mulut, kerongkong, paru2 dan barah
  • penyakit emfisima
  • penyakit dibahagian esofagus, perut dan pankreas
  • salur darah arteri menjadi sempit
  • merosakkan dinding arteri
  • simptom kebas pada kaki, jari
  • migrain
  • pedih ulu hati
  • kekejangan otot kaki
  • serangan penyakit jantung
  • merosakkan buah pinggang dan pundi kencing




  
Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :
  • Melahirkan bayi yang kurang berat badan 
  • Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
  • Lebih terdedah kepada kanser 
  • Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal 
Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :
  • Lebih mudah lelah 
  • Mendapat jangkitan paru-paru
  • Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu 
  • Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak


Dah tgk kan kesan2 merokok ni...bukan setakat membahayakan diri sendiri...tp membahayakan org lain...rasenyer kita boleh katakan yg perokok ni adalah jenis orang yang pentingkan diri sendiri...tak pikir ke disebabakan korang orang lain pun sama mendapat penyakit....hurmmmm...sudah2 la tu merokok tu...jom kita beralih kepada gaya hidup yang sihat....



Faedah Berhenti Merokok
  • Hidup lebih lama
  • Dapat menghindari racun
  • Dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok
  • Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak
  • Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat
  • Meningkatkan deria rasa dan bau
  • Gigi lebih putih dan nafas lebih segar
  • Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.
Gunakan Kaedah Yang Betul Untuk Berhenti Merokok
  • Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
  • Yakinkan diri
  • Buat nota peringatan
  • Katakan pada diri anda, “Aku bukan perokok”
  • Tumpukan pada hari ini
  • Sentiasa berfikiran positif
  • Dapatkan sokongan
  • Lawan keinginan untuk merokok
  • Gunakan Terapi atau rawatan yang sesuai

Manusia ni pelik kan...benda yg tak elok dan ditegah tu la yang dia suka buat...aku pun tak paham...renung2kn dan Selamat berhenti merokok....



Sumber
- Pusat Racun Negara, USM Official Website
- Kementerian Kesihatan Malaysia Official Website
- Institut Kefahaman Islam Malaysia Official Website – IKIM Dalam Media – Berita Harian
- Sabahan.net
- Persendirian
- http://bahayarokok.blogspot.com/

No comments: