CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

...nota dari Tuan Punyer Rumah yang tak bertanah...

blog ini adalah blog peribadi NUR WAHIDA JANUDIN. diulang skali lagi.BLOG PERIBADI. SO,segala tulisan,isi kandungan di dalam blog ini adalah penceritaan saya sendiri melainkan ia dinyatakan di situ bahawa saya mengcopy dan mengpaste cerita tersebut.penulisan di blog ini lebih kepada perjalan hidup saya. SO,andai kata ada di kalangan pembaca mungkin terkecil hati,terasa hati,diserang penyakit jantung mahupun penyakit yang membawa maut akibat dari membaca blog saya ini.SAYA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB SAMA SEKALI. saya tau ramai yang berpenyakit HATI selepas membaca nota ini. ape aku kesah. KAU ADA? lagi satu. penceritaan di blog ini adalah hak saya. jika anda tidak suka,dengan senyuman sampai ke telinga saya mengesyorkan anda click tanda "x" kat atas sekali belah kanan nun :)
"BLOG SAYA.HAK SAYA."

Pages

Tuesday, March 12, 2013

...terima VS tolak....


artikel drpd : Mohd Hasbullah Bin. Mustafa

Kritikan... Tiada siapa yang menyukai apabila dirinya dikritik oleh orang lain tatkala melakukan sesuatu yang tidak disenangi oleh orang yang mengkritik itu. Namun sebagai manusia, kita tidak akan dapat lari daripada mendengar kritikan-kritikan orang lain terhadap diri kita, samada kita suka ataupun tidak dengan kritikan tersebut. Kita mesti menghadapinya dengan pasrah dan mengharapkan agar kata-kata kritikan tersebut adalah tidak benar.

Namun pernahkah kita terfikir bahawa kritikan-kritikan tersebut sebenarnya boleh membawa kepada perkara-perkara positif terhadap diri kita sendiri? Bagi mereka yang menganggap kritikan itu sebagai suatu wasilah pengislahan atau agent perubah untuk ke arah yang lebih baik lagi, pastinya akan memberi kebaikan kepada dirinya sendiri sebagai timbal balas atas apa yang mereka fikirkan. Bak kata pepatah "Siapa diri kita bergantung pada apa yang kita fikirkan". Demikian jugalah bagi mereka yang melihat kritikan itu sebagai negatif, akan mudah berputus asa dan akhirnya terperangkap dengan kritikan tersebut lalu melakukan sesuatu yang merugikan diri sendiri.

Menerima kritikan yang membina pastinya tidak ada masalah kerana kritikan yang membina biasanya diterima dengan baik. Namun kita pasti akan merasa sesuatu apabila kritikan yang menjatuhkan dilemparkan ke atas diri kita. Kritikan-kritikan seperti bentuk rupa paras, kebolehan , prestasi kerja dan sebagainya sering kali diperbesarkan oleh diri kita sendiri apabila ada yang mengkritik kita.

Ramai yang menganggap kritikan adalah sebagai suatu masalah besar yang perlu disembunyikan dan akhirnya akan merana seorang diri dengan masalah tersebut. Namun sedarkah kita, masih ramai manusia yang mepunyai masalah yang jauh lebih besar dari kita? Maka sewajarnya kita mempersiapkan diri dari segi mental khususnya agar apabila menghadapi kritikan-kritikan yang menjatuhkan seperti ini, kita dapat berfikir secara positif dan proaktif.


Bunyinya seakan mudah untuk menerima apa sahaja bentuk kritikan pada diri, tetapi untuk melaksananya cukup payah. Walaubagaimanpun, senang atau payah itu terletak pada diri kita untuk TERIMA atau TOLAK. Pilihan ditangan masing-masing. Tepuk dada tanya iman..

"Apa benda yang kita terima itu tidaklah penting tetapi BAGAIMANA kita menerima benda itu adalah yang penting"...

Moga kita mampu TERIMA.... :-)

renung2kan dan selamat beramal....

No comments: