CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

...nota dari Tuan Punyer Rumah yang tak bertanah...

blog ini adalah blog peribadi NUR WAHIDA JANUDIN. diulang skali lagi.BLOG PERIBADI. SO,segala tulisan,isi kandungan di dalam blog ini adalah penceritaan saya sendiri melainkan ia dinyatakan di situ bahawa saya mengcopy dan mengpaste cerita tersebut.penulisan di blog ini lebih kepada perjalan hidup saya. SO,andai kata ada di kalangan pembaca mungkin terkecil hati,terasa hati,diserang penyakit jantung mahupun penyakit yang membawa maut akibat dari membaca blog saya ini.SAYA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB SAMA SEKALI. saya tau ramai yang berpenyakit HATI selepas membaca nota ini. ape aku kesah. KAU ADA? lagi satu. penceritaan di blog ini adalah hak saya. jika anda tidak suka,dengan senyuman sampai ke telinga saya mengesyorkan anda click tanda "x" kat atas sekali belah kanan nun :)
"BLOG SAYA.HAK SAYA."

Pages

Sunday, October 23, 2011

Apa itu Blog???


Blog? Apa Blog tu? Apa beza pulak blog dengan laman web?Blog salah satu cabang web juga, atau nama penuhnya web blog.Cuma pada sasaran dan rekabentuknya berbeza sahaja dengan web sebenar. Blog banyak jenisnya… selain ianya bersifat jurnal dan peribadi, diantara jenis lainya ialah blog yang berbentuk foto (blogfoto) seperti fotopage dan flickr,video blog (vblog) seperti youtube dan metacafe,ada podcast dan sekarang ni makin bertambah dah memacam bentuk pulaknya…
Posting aku kali ni cuma nak mengenalkan kepada korang kenapa zaman ni kena ada blog.Terpulang pada korang nak sifatkan ianya sebagai apapun. Layan je laa ye…
Setiap blog dikategorikan mengikut tajuknya yang tertentu,antaranya blog automotif, blog technologi, blog fesyen dan banyak lagi. Kenapa kita perlukan blog? Berikut adalah 10 sebab kenapa kita melibatkan diri dengan blog:



1. Emosi:
Hidup yang sibuk dan terlalu banyak tekanan dan pelbagai jenis masaaalah lain yang timbul.Blog adalah antara cara untuk meluahkan perasaan,meredakan tekanan dan terapi untuk emosi.


2. Ekonomi:
Dengan keadaan ekonomi yang amat berbagai(tak menentu) zaman penuh technologi sekarang ni, blog juga antara sumber pendapatan secara sambilan mahupun tetap.Pelbagai cara untuk menghasilkan pendapatan pada blog.Blog yang menghasilkan pendapatan sama seperti berniaga.Perlu berfikir sama seperti seorang ahli perniagaan.


3. Diari:
Kalau dulu di zaman sekolah pasti ada kisah diari terutamanya golongan perempuan. Laki pun ada tapi jumlah yang kecil. Diari yang cukup popular dipanggil biodata diri, buku biodata atau apa-apa sahaja.Kalau penggal sekolah berakhir mulalah buku-buku ni akan keluar untuk ditandakan apa – apa yang patut oleh kekawan sebagai menandakan tidak terputus hubungan satu hari kelak.Tapi di blog ini diadaptasi dari tradisi lama itu di ruangan maya untuk tujuan yang sama.Ianya boleh dilihat oleh rakan- rakan lama ataupun baru secara terus- menerus.Wah! dah tambah kawan baru tu….



4. Benchmark:
Ataupun dikenali sebagai kayu pengukur.Tentang siapa diri kita pada masa lalu dan pada hari ini.Adakah kita masih seperti 3 tahun dulu atau bertambah baik.Blog boleh menjadi kayu pengukur untuk kita imbas semua yang telah kita rintangi dan mungkin bakal kita rancangkan satu hari lain nanti.



5. Portfolio:
Sebahagian blogger akan menghantar pos berkaitan dengan tugasan dan kerja yang rutin di lakukan atau tentang hobi serta minat salam sesuatu bidang.sebagai contoh:Seorang pereka menghantar post tentang artworknya yang terkini, manalah tahu tiba satu hari kelak sebuah syarikat memerlukan pekerja dengan kadar segera dan diiklankan dilaman web dan suratkhabar.Tugas utama pereka tadi adalah untuk mendapatkan kerja itu.Jadi beliau perlu menghantar maklumat peribadi beserta salinan kerja pada syarikat terbabit.Sebaiknya hantarlah sekali dengan pautan blog yang mengandungi portfolio tu tadi dan siapa tahu syarikat tu amat berminat…. nasib la ye!



6. Kenalan:
Kenalan lama masa zaman sekolah dulu (teringat pulak zaman lagu rock jiwang) yang lama dah menghilang (lost contact). Buat posting dalam blog tentang imbasan zaman persekolahan atau apa zaman sekalipun siapa tahu akan ada yang datang kenalan lama dan terserempak dilaman blog yang kita bena.Insyaallah.



7. Komunikasi:
Percaya atau tidak dengan memblog dapat menambahkan keyakinan diri dalam kemahiran komunikasi,ialah blog sekarang ni bermacam – macam kisah dan postingnya.Terutamanya tentang politik,isu semasa dan macam – macam lagi. Pasti ada yang kurang setuju atau tidak setuju lansung, dengan hujah tadi dengan menjawab kembali apa yang mereka tidak setuju dapat menguatkan keyakinan diri.Tapi haruslah bijak mengawal emosi dan tetap tenang demi mempertahankan pendapat sendiri.Ya! disitu sudah ada kemahiran komunikasi yang baik dan keyakinan diri yang tinggi.



8. Minat:
Minat dan bakat boleh diadaptasikan dalam blog. Apa sahaja yang kita minat postkanlah didalam blog kita biarkan sesiapa sahaja yang membaca. Jangan biarkan bakat tu terbiar macam tu sahaja. Puaskan hati sendiri. Aku sendiripun akan membina beberapa laman blog dengan apa yang aku minat sejak dulu lagi.Cuma kesempatan dan masa sahaja belum mengizinkannya.



9. Menjual diri:
hahahah!! Isu sensatif ni…. jangan salah faham ok… bukan jual maruah tau! maksudnya kat sini mewar-warkan pada dunia tentang siapakah kita dan apa kepakaran yang kita ada? Apakah kemampuan kita?Jual kemampuan kita tu supaya wujudnya peluang,samada pekerjaan yang lebih baik melalui blog portfolio kita. Ataupun peluang mendapat pekerjaan sampingan boleh juga tambah sikit lagi pendapatan dan ekonomi diri, Juga boleh mewujudkan peluang perniagaan.Peh banyak lagi tu kalau nak disebut.



10. Ilmu:
Eh! kenapa ilmu last pulak ni? Ialah ilmu memang perlu pada awal sekali untuk memulakan memblog.Tapi kat sini aku nak kategorikan dalam lain kisah pulak…. sebagai contoh kita ni seorang doktor, peguam, novelis ataupun apa sahaja jawatan. Sebagai seorang blogger, ilmu-ilmu tadi tu dipostkan diruangan blognya. Dan ramai orang yang mengunjugi blog kita akan membacanya. .. wah! Berapa banyak orang yang dapat ilmu dengan membacanya. Bukankan menyamaikan ilmu itu satu amal jariah yang baik? Haa… tunggu apa lagi jom kita buat blog.



No comments: