CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

...nota dari Tuan Punyer Rumah yang tak bertanah...

blog ini adalah blog peribadi NUR WAHIDA JANUDIN. diulang skali lagi.BLOG PERIBADI. SO,segala tulisan,isi kandungan di dalam blog ini adalah penceritaan saya sendiri melainkan ia dinyatakan di situ bahawa saya mengcopy dan mengpaste cerita tersebut.penulisan di blog ini lebih kepada perjalan hidup saya. SO,andai kata ada di kalangan pembaca mungkin terkecil hati,terasa hati,diserang penyakit jantung mahupun penyakit yang membawa maut akibat dari membaca blog saya ini.SAYA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB SAMA SEKALI. saya tau ramai yang berpenyakit HATI selepas membaca nota ini. ape aku kesah. KAU ADA? lagi satu. penceritaan di blog ini adalah hak saya. jika anda tidak suka,dengan senyuman sampai ke telinga saya mengesyorkan anda click tanda "x" kat atas sekali belah kanan nun :)
"BLOG SAYA.HAK SAYA."

Pages

Tuesday, March 8, 2011

Kenali diri anda seorang muslim atau fasik ?

Sejauhmana seseorang muslim yang mengenal diri mereka adalah makhluk ciptaan Allah SWT untuk melaksanakan segala hukum-hakam Allah di dunia. Hukum Allah hanya ada lima iaitu wajib, haram, sunat, makruh dan harus dalam setiap permasalahan hukum.

Seperti hukum menutup aurat

Wajib : Apabila seorang muslimah menutup aurat semasa keluar rumah dan bercampur orang yang bukan muhrim


Haram : Mempamerkan aurat seperti rambut, susuk tubuh dan suara yang menggoda kepada orang yang bukan muhrim.

Sunat : Memperelokkan pemakaian mengikut Islam dan mengelak dari unsur-unsur fitnah

Makruh : Berpakaian yang melampau-lampau dan melebihi kemampuan seseorang

Harus : Mempamerkan aurat seorang muslimah kepada suaminya pada keadaan yang tertentu.

Oleh itu seseorang akan untuk memperbaiki dan meningkatkan mutu ibadahnya kepada Allah SWT. Salah satu cara ialah berfikir iaitu Allah menjadikan manusia dari setitis air mani yang hina. Setelah dikandung sembilan bulan di dalam rahim ibunya, maka lahirlah jasad manusia ke muka bumi. Walau asalnya dari setitis air mani yang hina, maka jadilah ianya pelbagai bentuk dan wajah manusia yang hidup di mukabumi. Dari setitis air mani yang hina inilah lahirnya para doktor yang berusaha mengubati penyakit. Lahirlah para arkitek yang mampu mereka bangunan yang mencakar langit. Lahirlah guru-guru yang mendidik.

Begitu juga lahir juga manusia-manusia yang tidak senang dengan kebenaran sebaliknya lebih berselera dengan kemungkaran dan maksiat.Walaupun pelbagai wajah manusia yang lahir didunia,hina atau mulianya manusia disisi Allah adalah bergantung kepada tahap keimanannya kepada Allah.

Tugas yang wajib dipikul iaitu menyuruh melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran sebagaimana sabda 'Rasulullah SAW : "Apabila seseorang itu melihat sesuatu kemungkaran,maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya. Jika tidak mampu hendaklah dia mencegah dengan mulut. Jika tidak mampu hendaklah dia mencegah dengan hati. Dan itu adalah selemah-lemah iman."   hadis riwayat Muslim.

Maka tuntutan wajib dilaksanakan bermula dari kita terdahulu dibawah tanggungan kita seperti mencegah aktiviti maksiat spt aktiviti nyanyian yang melalaikan, mewajibkan staf perempuan menutup aurat dan berpakaian muslimah dan staf lelaki melakukan solat berjamaah di Pusat Islam.  Marilah hayati diri kita dalam golongan yang mana?

Mengikut firman ALLAH SWT yang bermaksudnya: "ALLAH SWT Pelindung [mengawal dan menolong ] orang orang yang beriman. IA mengeluarkan mereke dari kegelapan [kufur] kepada cahaya iman. Dan orang orang yang kafir,penolong mereka ialah taghut [syaitan,berhala atau apa saja yang menyesatkan ] yang mengeluarkan mereka dari cahaya iman kepada kegelapan [kufur]..Mereka itulah ahli neraka dan mereka kekal di dalamnya selamanya."  (Surah Al Baqarah ayat 257).

No comments: