CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

...nota dari Tuan Punyer Rumah yang tak bertanah...

blog ini adalah blog peribadi NUR WAHIDA JANUDIN. diulang skali lagi.BLOG PERIBADI. SO,segala tulisan,isi kandungan di dalam blog ini adalah penceritaan saya sendiri melainkan ia dinyatakan di situ bahawa saya mengcopy dan mengpaste cerita tersebut.penulisan di blog ini lebih kepada perjalan hidup saya. SO,andai kata ada di kalangan pembaca mungkin terkecil hati,terasa hati,diserang penyakit jantung mahupun penyakit yang membawa maut akibat dari membaca blog saya ini.SAYA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB SAMA SEKALI. saya tau ramai yang berpenyakit HATI selepas membaca nota ini. ape aku kesah. KAU ADA? lagi satu. penceritaan di blog ini adalah hak saya. jika anda tidak suka,dengan senyuman sampai ke telinga saya mengesyorkan anda click tanda "x" kat atas sekali belah kanan nun :)
"BLOG SAYA.HAK SAYA."

Pages

Tuesday, June 15, 2010

filem Lagenda Budak Setan

Nasib baik malam td  tak der game bola yg best...so dpt la aku menonton wayang bersama ngan buah hati pengarang jantung aku tu.(en. scandal)..hehe...kalo ader game bola yg best sure nyer aku terperap je kat umah macam ayam diperap dgn rempah ratus...yummmy......

citer ni best...banyak part yg sedih...sampaikan banjir panggung malam td...tp digelakkan oleh en. scandal...cet...hampeh je...

lakonan yg paling mantap bg aku la kan...watak Azmi (lakonan Que Haidar)...memang terserlah kebaranan watak tu...aku pun takut...harap2 jgn la aku dapat suami kaki pukul macam tu...terseksa sehhh....

watak akasyah plak aku rase biasa2 je...mungkin tak cukup scene yg menunjukkan dia tu BUDAK SETAN...so tak terkesan sgt yg dia tu berperangai SETAN...lebih terserlah dgn watak romantis...tp tak berapa nk jd sbb dah biasa tgk dia lakonkan watak gangster...harap2 leh nampak lg natural....hehhe

ayu / emilia...cantik sungguh lisa surihani ni...tp nape kejap je watak dia...sudah jatuh ditimpa kayu balak plak...lepas satu satu hal berlaku kat dia...sian...nape bahagian satu ni ending nyer dia mati???...waaaa baru dapat baby terus mati...sian kat baby tu...part tu la yg paling sedih sekali...huhuhu




sinopsis filem lagenda budak setan....


Kisah bermula dengan kenakalan Kasyah, seorang pelajar kolej yang sering membuli dan mengenakan pelajar lain, bersama beberapa rakannya. Sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kehadiran pelajar baru, Ayu, yang menambat hati pemuda terbabit.
Hubungan Kasyah dan Ayu bertambah erat dengan bibit percintaan mulai bercambah. Pada semester akhir, Kasyah ke kawasan pedalaman bagi menjalankan kajian untuk tugasannya. Mereka tidak berhubungan dengan harapan Kasyah dapat menumpukan perhatian pada kajiannya.
Ketika pemergian Kasyah, bekas kekasih Ayu, Azmi, muncul menagih cinta. Azmi menggunakan kedudukan dan kemewahan keluarga bagi mempengaruhi ibu Ayu, Mak Leha, agar memujuk gadis itu berkahwin dengannya. Berpura-pura sakit tenat, ibu Ayu berjaya meminta anaknya berkahwin dengan Azmi, meskipun hatinya mencintai Kasyah.
Sebaik saja pulang ke kampus, Kasyah yang tidak mengetahui perkahwinan Ayu dan Azmi, terkejut dengan berita yang diterimanya itu.
Masa berlalu, rumah tangga Ayu dan Azmi berantakan lantaran sikap Azmi yang panas baran dan pemabuk. Ayu sering dipukul. Suatu malam, akibat tidak tahan dipukul Azmi, Ayu bertindak melarikan diri dari rumah dengan memandu kereta. Ayu hilang kawalan lalu terbabit dalam kemalangan. Ayu cedera parah dan dibawa ke hospital. Mukanya hancur dan terpaksa melakukan pembedahan plastik. Wajahnya berubah, tetapi dia pulih semula. Seterusnya Ayu menuntut perceraian.
Bersama wajah berbeza dan dengan trauma kehidupan lampau, Ayu kini bertekad untuk memulakan hidup baru. Bersama wajah barunya dan dengan pampasan perceraian, dia membuka syarikat perniagaan serta menampilkan diri sebagai Emilia. Menerusi Suzana, kawan rapatnya ketika di universiti, Kasyah diambil bekerja.
Kasyah yang mulanya tidak perasan kehadiran Ayu dalam diri Emilia, mulai berasakan sesuatu kerana persamaan yang dimiliki antara dua wanita itu. Emilia mendapati Kasyah masih setia menyintai Ayu. Keadaan itu menambah deritanya apabila Kasyah tidak menerima Emilia dalam hatinya.

No comments: