CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

...nota dari Tuan Punyer Rumah yang tak bertanah...

blog ini adalah blog peribadi NUR WAHIDA JANUDIN. diulang skali lagi.BLOG PERIBADI. SO,segala tulisan,isi kandungan di dalam blog ini adalah penceritaan saya sendiri melainkan ia dinyatakan di situ bahawa saya mengcopy dan mengpaste cerita tersebut.penulisan di blog ini lebih kepada perjalan hidup saya. SO,andai kata ada di kalangan pembaca mungkin terkecil hati,terasa hati,diserang penyakit jantung mahupun penyakit yang membawa maut akibat dari membaca blog saya ini.SAYA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB SAMA SEKALI. saya tau ramai yang berpenyakit HATI selepas membaca nota ini. ape aku kesah. KAU ADA? lagi satu. penceritaan di blog ini adalah hak saya. jika anda tidak suka,dengan senyuman sampai ke telinga saya mengesyorkan anda click tanda "x" kat atas sekali belah kanan nun :)
"BLOG SAYA.HAK SAYA."

Pages

Monday, June 28, 2010

Bagaimana nak menyayangi seseorang...????

Kat bawah ni disertakan beberapa cara utk kita menyayangi seseorang...renung2kan dan selamat beramal.....hehehe


1 Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.


2 Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3 Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

4 Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5 Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telah pun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.

6 Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.

7 Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8 BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9 Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.

10 Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.

Wednesday, June 16, 2010

tips keseronokan bekerja...

kebetulan time bukak email office der plak beberapa tips keseronokan bekerja...harap2 dpt membantu sume dalam mencari keseronokan ditempat kerja walaupun tak berapa nk seronok...hehhe....renung2kn dan selamat mencuba...

1. Datang awal ke tempat kerja
Anda tidak kisah untuk datang awal ke tempat kerja. Bahkan anda sememangnya menantikan esok hari dengan bersemangat untuk melakukan kerja-kerja yang baru. Anda tiba awal di tempat kerja dan tidak kisah untuk menunggu pejabat dibuka. Ini memang jelas anda memang seronok bekerja.

2. Tidak kisah kerja lebih masa
Bukan mudah untuk kita bekerja lebih masa. Sekalipun dibayar tetapi rasa berat hati tetap ada. Tetapi berbeza bagi mereka yang seronok bekerja. Kerja lebih masa ibarat kerja baru sahaja bermula.

3. Air muka berseri-seri
Memang sangat jelas tentang ini. Jika anda terlalu seronok dengan kerja anda sekarang, setiap kali anda ke tempat kerja air muka anda menampakkan keceriaan dan tersenyum. Kalau air muka anda asyik mencuka, itu tanda awal anda perlu bertukar kerjaya yang anda sukai.

4. Kerja disiapkan segera
Inilah kehebatan bekerja dengan rasa seronok. Kerja disiapkan tanpa disedari. Dan yang paling bagusnya anda menyiapkan kerja sebelum ‘due date’ yang sepatutnya. Anda asyik dengan kerja anda sehinggakan anda telahpun menyiapkannya. Anda sudah bersedia untuk kerja yang baru.

5. Anda bangga menceritakan tentang kerja anda
Bukan senang nak capai tahap ni. Memang begitulah selayaknya. Anda tidak kisah andai di mata orang lain mungkin kerja yang anda lakukan itu tidak hebat. Yang penting setiap kali ditanya anda akan menceritakan kelebihan-kelebihan tempat kerja anda pada orang lain. Anda bangga untuk menuturkan pada orang lain di mana dan apa kerja anda lakukan.

6. Personaliti kemas
Anda seronok bekerja. Jadi anda akan menunjukkan penampilan terbaik untuk diri anda. Pakaian anda menonjolkan siapa anda. Anda memberikan penampilan terbaik sebagai siapa diri anda sebenarnya. Anda selesa berpakaian kemas setiap masa supaya orang lain kenal siapa anda.

7. Anda akan membantu menyiapkan kerja orang lain
Saya rasa ini adalah jarang-jarang yang dilakukan oleh pekerja. Bagaimana anda nak membantu orang lain jika kerja anda sendiri masih belum siap. Namun bagi mereka yang seronok bekerja, bukan sahaja dia mampu menyiapkan kerja sebelum waktunya, tetapi sanggup menawarkan tangan untuk membantu menyiapkan kerja orang lain.

8. Mendapat gelaran workaholic
Mungkin sebahagian dari rakan-rakan anda akan menggelarkan anda dengan gelaran ini. Tetapi jangan risau. Mereka mungkin tidak dapat menghayati keseronokkan kerja seperti anda. Ingat selama mana anda tidak termasuk dalam tanda-tanda menjadi workaholic anda masih boleh enjoy dengan kerja anda.


Akhir kata, bekerjalah dengan bijak bukan hanya dengan bekerja kuat.... menjadi hamba kerja belum tentu boleh kaya raya dan bahagia. Sebagai muslim bukan hanya tuntutan kita pada kerja, bahkan pada keluarga, anak-anak, dan yang penting pada Allah wajib kita sempurnakan.

selamat bekerja...

Tuesday, June 15, 2010

filem Lagenda Budak Setan

Nasib baik malam td  tak der game bola yg best...so dpt la aku menonton wayang bersama ngan buah hati pengarang jantung aku tu.(en. scandal)..hehe...kalo ader game bola yg best sure nyer aku terperap je kat umah macam ayam diperap dgn rempah ratus...yummmy......

citer ni best...banyak part yg sedih...sampaikan banjir panggung malam td...tp digelakkan oleh en. scandal...cet...hampeh je...

lakonan yg paling mantap bg aku la kan...watak Azmi (lakonan Que Haidar)...memang terserlah kebaranan watak tu...aku pun takut...harap2 jgn la aku dapat suami kaki pukul macam tu...terseksa sehhh....

watak akasyah plak aku rase biasa2 je...mungkin tak cukup scene yg menunjukkan dia tu BUDAK SETAN...so tak terkesan sgt yg dia tu berperangai SETAN...lebih terserlah dgn watak romantis...tp tak berapa nk jd sbb dah biasa tgk dia lakonkan watak gangster...harap2 leh nampak lg natural....hehhe

ayu / emilia...cantik sungguh lisa surihani ni...tp nape kejap je watak dia...sudah jatuh ditimpa kayu balak plak...lepas satu satu hal berlaku kat dia...sian...nape bahagian satu ni ending nyer dia mati???...waaaa baru dapat baby terus mati...sian kat baby tu...part tu la yg paling sedih sekali...huhuhu




sinopsis filem lagenda budak setan....


Kisah bermula dengan kenakalan Kasyah, seorang pelajar kolej yang sering membuli dan mengenakan pelajar lain, bersama beberapa rakannya. Sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kehadiran pelajar baru, Ayu, yang menambat hati pemuda terbabit.
Hubungan Kasyah dan Ayu bertambah erat dengan bibit percintaan mulai bercambah. Pada semester akhir, Kasyah ke kawasan pedalaman bagi menjalankan kajian untuk tugasannya. Mereka tidak berhubungan dengan harapan Kasyah dapat menumpukan perhatian pada kajiannya.
Ketika pemergian Kasyah, bekas kekasih Ayu, Azmi, muncul menagih cinta. Azmi menggunakan kedudukan dan kemewahan keluarga bagi mempengaruhi ibu Ayu, Mak Leha, agar memujuk gadis itu berkahwin dengannya. Berpura-pura sakit tenat, ibu Ayu berjaya meminta anaknya berkahwin dengan Azmi, meskipun hatinya mencintai Kasyah.
Sebaik saja pulang ke kampus, Kasyah yang tidak mengetahui perkahwinan Ayu dan Azmi, terkejut dengan berita yang diterimanya itu.
Masa berlalu, rumah tangga Ayu dan Azmi berantakan lantaran sikap Azmi yang panas baran dan pemabuk. Ayu sering dipukul. Suatu malam, akibat tidak tahan dipukul Azmi, Ayu bertindak melarikan diri dari rumah dengan memandu kereta. Ayu hilang kawalan lalu terbabit dalam kemalangan. Ayu cedera parah dan dibawa ke hospital. Mukanya hancur dan terpaksa melakukan pembedahan plastik. Wajahnya berubah, tetapi dia pulih semula. Seterusnya Ayu menuntut perceraian.
Bersama wajah berbeza dan dengan trauma kehidupan lampau, Ayu kini bertekad untuk memulakan hidup baru. Bersama wajah barunya dan dengan pampasan perceraian, dia membuka syarikat perniagaan serta menampilkan diri sebagai Emilia. Menerusi Suzana, kawan rapatnya ketika di universiti, Kasyah diambil bekerja.
Kasyah yang mulanya tidak perasan kehadiran Ayu dalam diri Emilia, mulai berasakan sesuatu kerana persamaan yang dimiliki antara dua wanita itu. Emilia mendapati Kasyah masih setia menyintai Ayu. Keadaan itu menambah deritanya apabila Kasyah tidak menerima Emilia dalam hatinya.

Monday, June 14, 2010

cuti-cuti...

memandangkan cuti semester telah bermula...
pe lg..
aku pun kene la bercuti sama...hehe...
almaklumlah banyak lg cuti aku ni...
der la lebih kurang 42 hari lg...
hehe...jgn jeles ek
aku start bercuti 7-11 Jun...
maknenyer 9 hr leh beronggeng...
start 4hb pas hbs keje aku bertolak balik ke KL...
dengan en. scandal...
alang2 dia pun nk balik ke kg halaman...
aku pun menumpang la...
malas nk drive...
best tul der driver ni...
hehe...
sampai je kat KL dayah plak ajak gi JJ Wangsa Maju...
nasib baik dia yg drive...
nak beli hadiah kawin katenyer...
utk sepupu ku yg melangsungkan perkahwinan pada 5 Jun 2010...
Tahniah beb...
aku pun amik kesempatan membeli baju baby untuk WAFI...
cari punyer cari jumpe gak yg comel...
baju tiger....biar dia kuat mcm tiger...
hehe....
balik je umah dah terhidang makanan...
pe yg ditunggu lagi...serbuuu....
esoknyer lebih kurang jam 8 aku, en scandle n my family bergerak menuju ke utara tanah air...
nk gi kenduri punyer pasal...kene la bertolak awal...
sungguh bernasib baik sekali sbb dpt tdo hotel malam tu...
Hotel Sg Petani Inn...best2...
dpt mandi kolam...walaupun sbnrnya aku tak mandi pun...heheh
tengahari 6hb aku bertolak ke kg halaman aku la...en scandal dah balik umah dia ek...
takkan nak ikut plak kan...huhuhu...
malam tu sedang sedap diulit mimpi tetibe sume terbangun eh...
sbb terkejut hujan lebat disamping tiupan angin seakan2 tsunami akan melanda....
tempias hujan diluar masuk kat dalam umah...waaaa....cepat2 tarik tilam...kang basah plak...
mcm mane nk tdo t kalo tilam basah...kesejukannnn....
nk tak nak aku pun tarik la tilam aku tu jauh dr tingkap...pastu sambung balik tdo...tak layan dah ujan2 tu...
zzzz.........
7hb pg abah dh bising2 suh bangun solat subuh...terpisat2 la bangun....pas tu sambung tdo balik la...
pe la perangai anak dara mcm ni..tak berubah langsung...heheh
bangun pun kat kul 11 sbb tunggu ma ngan abah balik dr econsave....beli barang utk kenduri doa selamat...
pe lg bertungkus lumus la menyediakan bahan2 utk masak...menu adalah nasi beriani ok....
sedap hingga menjilat jari....
8hb pg plak sume berebut2 mandi sbb nk gi padang besar....
en scandal ikut sekali ek...sbb abah yg ajak dia...hehehe....
shopping sakan ma ngan budak2 sengal tu...
azam plak bile dh dpt jersi bola dia tu terus senyap je...suke teramat la tu...
tersengih je memanjang....selalunya dia akan ajak balik cepat...
tp kali ni mcm tak kisah je...sbb dah dpt jersi la tu....huhu...
so ape yg aku beli ek kat sana,...
xbeli pape pun selain t-shirt couple...
nk beli jersi tak der plak jersi pompuan...nak beli suar jeans tak der plak fitting room...
so tak payah la beli  pape...membazir je...
en scandal plak memborong tilam baby utk wafi, jersi sampai 2 helai ek, mainan utk wafi....
dah2..penat...jom balik....
otw balik singgah plak kat umah ex-student IKN...ma nyer student la...
kan dulu ma HEP kat IKN...skrg ni kat KL....start 1 Julai 2010 kene jd HEP balik kat IKN...
sbb pe kene tukar???sbb de org bongok + sengal kat HEP tu...dah tua bangka buat hal...
ishkk...memalukan sungguh...
dapat naik gaji tak ma???...hehhe
aku balik KL 8 hb...sblm balik kene la jumep buah hati pengarang jantung dulu...
bg ilang rindu skit...
jumpe kat subaidah sambil makan nasi kandar....best2...
rase lapar nasi kandar la plak.....
skrg ni asyik nk makan je...elok2 turun 3.5kg...silap2 naik balik 2 kali ganda...
tak nakkkk........
dah la malas nk tulis lagi...
dah start lapa ni...jom g makan....
hehe...