Hadis nabi SAW tentang org yg pergi utk lihat penyanyi wanita disitu ada mkn minum,hiburan,permainan dgn kpla mrka bergoyang2 kerana melayan nyanyian tersebut dan keesokkan harinya bertukar menjadi kera dan babi.
boleh tak ustaz bagi hadis yg lengkap tentang hadis ni disertakan dgn perawi serta sanadnya.
Matan hadis ialah;
Dari Abi Musa al-Asy’ari r.a. menceritakan; Rasulullah s.a.w. bersabda; “Akan ada dari umatku segolongan manusia yang meminum arak dengan mereka menamakannya dengan nama lain, kepala mereka dilalaikan dengan bunyi-bunyian dan penyanyi-penyani wanita. Allah akan membenamkan mereka ke dalam bumi dan menjadikan sebahagian mereka kera dan babi.
(Riwayat Imam Ibnu Majah, Ibnu Hibban, at-Tabrani dan al-Baihaqi. Lihat; al-Jami’ as-Saghier (Imam as-Suyuti), hadis no. 7706).
Menurut Imam as-Syaukani dalam Nailul-Autar; hadis di atas diriwayatkan juga oleh Imam Abu Daud dan disohehkan oleh Imam Ibnu Hibban, di samping terdapat hadis-hadis lain menguatkannya. (Nailul-Autar, juz. 8, Kitab al-Jihad saya as-Siyar, bab Ma Ja-a Fi Alati al-Lahwi). Menurut Imam as-Suyuti; hadis di atas adalah soheh. (al-Jami’ as-Saghier, no. 7706). Menurut Imam Ibnul-Qayyim; isnad (yakni jalan periwayatan) hadis ini adalah soheh. (Lihat; ‘Aunul-Ma’bud, juz 13, bab Karahiyatul-Ghina’.., m.s. 185 dan Faidhul-Qadier, syarah hadis no. 7706).
Dalam Soheh Imam al-Bukhari, lafaznya ialah;
“Akan ada di kalangan umatku satu kaum yang akan menghalalkan penzinaan, sutera, arak dan bunyi-bunyian” (Riwayat Imam al-Bukhari dari Abi Musa al-Asy’ari, kitab al-Asyribah, bab Ma Ja-a Fi Man Yastahill al-Khamr saya Yusammiihi bi Ghair Ismihi, no. 5268).
Wednesday, June 24, 2009
Hukum Berhibur
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
alamak bab ni ..terasalah plak..br sakan gi konsert indon..insaf lor
huhu...
Post a Comment