CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

...nota dari Tuan Punyer Rumah yang tak bertanah...

blog ini adalah blog peribadi NUR WAHIDA JANUDIN. diulang skali lagi.BLOG PERIBADI. SO,segala tulisan,isi kandungan di dalam blog ini adalah penceritaan saya sendiri melainkan ia dinyatakan di situ bahawa saya mengcopy dan mengpaste cerita tersebut.penulisan di blog ini lebih kepada perjalan hidup saya. SO,andai kata ada di kalangan pembaca mungkin terkecil hati,terasa hati,diserang penyakit jantung mahupun penyakit yang membawa maut akibat dari membaca blog saya ini.SAYA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB SAMA SEKALI. saya tau ramai yang berpenyakit HATI selepas membaca nota ini. ape aku kesah. KAU ADA? lagi satu. penceritaan di blog ini adalah hak saya. jika anda tidak suka,dengan senyuman sampai ke telinga saya mengesyorkan anda click tanda "x" kat atas sekali belah kanan nun :)
"BLOG SAYA.HAK SAYA."

Pages

Monday, June 29, 2009

Arnab peliharaan

balik kampung (kampung ke umah aku tu...walaupun area bandar...tempat kampung bg aku...hehe) hari tu aku berkesempatan melihat anak2 buah aku yg makin ramai (arnab pakcik aku la)...huhu...dr 3 ekor dh jd 7 ekor....gebu2 plak tu mcm aku...heheh...

sblm ni arnab2 tu ader yg melahirkan anak...tapi sume mati sbb bapak arnab gigit...jahat sungguh bapak arnab ni....

so supaya nak menyelamatkan anak2 dimakan oleh bapak, pakcik aku pun mengangkut la anak2 tu ke office utk dijaga n diberi susu...huhu...sorg ayah yg mithali...bagus2...selama 2 minggu pakcik aku bawak anak2 tu gi office...so ader la yg mintak nak jg anak2 yg comel2 tu...tapi pakcik aku tak bagi...takut plak org tu tak reti nak jaga....

keluarga arnab ni der nama tersendiri....yg aku tau cume beberapa nama je...antaranya putih ngan comel..tu je yg aku ingat...heheh...yg lain aku tak ingat...huhu..pelupa sungguh aku ni...harap2 bertambah la lagi ek bilangan ahli keluarga arnab ni...best tul tgk...gebu2....

Selamat Pengantin Baru...

SELAMAT PENGANTIN BARU


ISKANDAR & PASANGAN

Semoga perkahwinan kalian bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat



Wednesday, June 24, 2009

Kelebihan Bulan Rejab

1. Sabda Nabi saw :

"Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab nescaya Allah muliakan kamu dgn seribu kemuliaan di hari kiamat."



2. Sabda Nabi saw :

"Bulan Rejab bulan Allah, bulan Syaaban bulanku dan bulan Ramadhan bulan umatku."



3. Kemuliaan Rejab dgn mlm Isra' Mi'rajNya, Syaaban dgn mlm NisfuNya dan Ramadhan dgn LailatulqadarNya.



4. Malam awal Rejab, mustajab doanya (Kitab Raudhoh Imam Nawawi).



5. Puasa sehari pada bulan Rejab, mendapat syurga yg tertinggi (Firdaus). Puasa 2 hari dilipat gandakan pahalanya.



6. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yg panjang yg menghalangnya dia ke neraka (pjgnya 1tahun perjalanan).



7. Puasa 4 hari pada bulan Rejab, diafiatkan drp bala & drp penyakit yg besar2 & drp fitnah dajal di hr Qiamat.



8. Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman drp azab kubur. Puasa 6 hr pd bln Rejab keluar drp kubur bercahaya di mukanya.



9. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup drpnya 7 pintu neraka.



10. Puasa 8 hari pada bulan Rejab dibuka baginya 8 pintu syurga.



11. Puasa 9 hari pada bulan Rejab, keluar dari kuburnya lalu menyeru ditolak dia masuk ke syurga.



12. Puasa 10hari pada bulan Rejab, Allah jadikan baginya hamparan perhentian di titi Siratul-Mustaqim pd tiap 1 batu.



13. Puasa 16 hari pada bulan Rejab, akan dpt melihat wajah Allah dlm syurga & org yg pertama menziarahi Allah dlm syurga.



14. Puasa 19 hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hdpn mahligai Nabi Allah Ibrahim & Nabi Allah Adam.



15. Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yg telah lalu. Maka mulalah beramal barang yg tinggal drp umurnya (pembaharuan umur).



16. Berkata Saidina Ali :

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa 3,000 tahun.

* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa 10,000 tahun.

* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa 100,000 tahun.



17. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Qalam.



18. Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga.



19. Puasa 10 hari pd bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang spt kilat di atas titi Siratul-Mustaqim di hari Qiamat.



20. Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.



Berseru dari langit :

GEMBIRALAH KAMU DGN KEMULIAAN YG BSR & DIMINUMKAN DIA KETIKA HENDAK MATI. MATI DGN PUASA, MASUK KUBUR DGN PUASA, KELUAR KUBUR DGN PUASA & MASUK SYURGA DGN PUASA (AL-HADITH). (BERPUASA PD SIANG HARI & BERIBADAT PD MLMNYA).



21. Bln Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa org2 yg meminta ampun+bertaubat kpd Allah. Puasa bln Rejab wajib bgnya: a) diampunkn dosa yg lalu. b) dpeliharakn Allah umur yg tinggal. c) lepas dr dahaga hr qiamat.



22. Puasa pd awal Rejab, pertengahannya & akhirnya spt puasa sebulan pahalanya.



23. Org yg lemah dr berpuasa pd bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap2 hr sekurang-kurangnya sebiji roti.



24. Siapa yg bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah 1,000 dinar, dituliskan kpdnya tiap sehelai bulu roma jasadnya 1,000 kebajikan, diangkat 1,000 darjat, dihapus 1,000 kejahatan.



25. Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti 1,000 Haji dan Umrah. Dibina 1,000 mahligai 1,000 bilik dan 1,000 bidadari, lebih cantik drp matahari 1,000 kali kerana keistimewaan bulan Rejab, bulan Allah.



26. Bersedekah pd bln Rejab dijauhkan Allah drp api neraka krn kemuliaan bulan Rejab, bulan Allah.



27. Allah jadikan di belakang Jabal Qaf bumi yg putih yg penuh dgn Malaikat dgn panji2 berhimpun pd tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kpd umat Muhammad. Allah menjawab : Telah aku ampunkan mereka!



28. Barangsiapa meminta ampun (beristighfar kpd Allah pagi dan petang 70kali atau 100kali, pada bulan Rejab, diharamkan tubuhnya drp api neraka.



29. Sesiapa berpuasa sebulan pd bln Rejab, Allah berseru kpdnya: "Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kpdKu. Demi ketinggianKu & kebesaranKu, tiada Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bwh arasyKu, engkau kekasihKu dari segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu & antara engkau."



30. Puasa pd 27bln Rejab spt puasa 60 bln pahalanya. Jika disertai dgn sedekah spt puasa 1,000 thn krn kebesaran hari Isra' Mi'raj.



31. Siapa yg lapangkan kekeruhan,kesusahan mukmin pd bulan Rejab dikurniakan Allah mahligai yg bsr dlm syurga Firdaus.



32. Siapa yg berpuasa 3 hari pd bulan Rejab & beribadat pd mlmnya (berjaga) spt dia berpuasa 3,000 thn, diampunkan bgnya 70 dosa2 bsr tiap2 hari, ditunaikan 70 hajat tika keluar nyawanya drp jasad, 70 hajat dlm kuburnya, 70 hajat tika terbang suhuf (tika Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat tika ditimbang amalannya di Mizan, 70 hajat tika berlalu di titi Siratal-Mustaqim.



33. Rejab ertinya :

Ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan), Rahmat, Pemurah, Kebajikan krn keagungan, kebesaran & kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya & kebajikanNya terhadap hamba-hambaNya yg beriman & beramal pd bulan Rejab dgn berpuasa pd siangnya & beribadat pd mlmnya.



34. Rejab bulan menabur benih. Syaaban bulan menyiram tanaman. Ramadan bulan menuai.



35. Rejab menyucikan badannya. Syaaban bulan menyucikan hatinya. Ramadhan menyucikan rohnya.



36. Rejab bulan maghfirah (keampunan). Syaaban bulan syafaat. Ramadan bulan menggandakan kebajikan.



37. Rejab bulan taubat. Syaaban bulan muhibah. Ramadan dilimpahi pahala amalan yg byk.



38. Rejab diganda 70 pahala. Syaaban diganda 700 pahala. Ramadhan diganda 1,000 pahala.

Hukum Berhibur

Hadis nabi SAW tentang org yg pergi utk lihat penyanyi wanita disitu ada mkn minum,hiburan,permainan dgn kpla mrka bergoyang2 kerana melayan nyanyian tersebut dan keesokkan harinya bertukar menjadi kera dan babi.
boleh tak ustaz bagi hadis yg lengkap tentang hadis ni disertakan dgn perawi serta sanadnya.

Matan hadis ialah;


Dari Abi Musa al-Asy’ari r.a. menceritakan; Rasulullah s.a.w. bersabda; “Akan ada dari umatku segolongan manusia yang meminum arak dengan mereka menamakannya dengan nama lain, kepala mereka dilalaikan dengan bunyi-bunyian dan penyanyi-penyani wanita. Allah akan membenamkan mereka ke dalam bumi dan menjadikan sebahagian mereka kera dan babi.

(Riwayat Imam Ibnu Majah, Ibnu Hibban, at-Tabrani dan al-Baihaqi. Lihat; al-Jami’ as-Saghier (Imam as-Suyuti), hadis no. 7706).


Menurut Imam as-Syaukani dalam Nailul-Autar; hadis di atas diriwayatkan juga oleh Imam Abu Daud dan disohehkan oleh Imam Ibnu Hibban, di samping terdapat hadis-hadis lain menguatkannya. (Nailul-Autar, juz. 8, Kitab al-Jihad saya as-Siyar, bab Ma Ja-a Fi Alati al-Lahwi). Menurut Imam as-Suyuti; hadis di atas adalah soheh. (al-Jami’ as-Saghier, no. 7706). Menurut Imam Ibnul-Qayyim; isnad (yakni jalan periwayatan) hadis ini adalah soheh. (Lihat; ‘Aunul-Ma’bud, juz 13, bab Karahiyatul-Ghina’.., m.s. 185 dan Faidhul-Qadier, syarah hadis no. 7706).


Dalam Soheh Imam al-Bukhari, lafaznya ialah;


“Akan ada di kalangan umatku satu kaum yang akan menghalalkan penzinaan, sutera, arak dan bunyi-bunyian” (Riwayat Imam al-Bukhari dari Abi Musa al-Asy’ari, kitab al-Asyribah, bab Ma Ja-a Fi Man Yastahill al-Khamr saya Yusammiihi bi Ghair Ismihi, no. 5268).

Sunday, June 21, 2009

kenduri Durian...huhu...

SELAMAT MENJAMU SELERA


JOM MAKAN DURIAN..........




Menikmati keenakan buah durian yg tlh disumbangkan oleh Pn. Faridah Jamil@Amat...best2...nt kalo der lagi leh bawak ek...hehe

Penghabisannyer...tinggal kulit ngan biji durian je...huhuh....
Sume balik office dgn perut yg penuh dgn durian...jgn sendawa besar dah la...pengsan plak org2 satu office tu....


!!TAMAT!!

Monday, June 15, 2009

Enjoy time...hehe


Enjoy betul smlm...memandangkan dah lama tak makan kat Pizza...aku pun mengajak officemate a.k.a roomate aku gi MP semata2 nak makan pizza tu jerr...hehe...bunyi mcm mengidam la plak...hehe...nasib baik la dia nak melayan aku...dah la abg jauh...huhu...

Sampai je kat Piza aku pun terus la memesan Pizza + Chicken wings + Salad + Pepsi....mmg makan sepuas2nyer la smlm...nasib baik leh jalan lagi pastu....huhu....


Lepas dah kenyang melantak (dh mcm ular sawa dh ni)....gi plak ke Menara Tamingsari...walaupun dah penah naik...naik lagi sekali...kali ni leh menikmati pemandangan dr atas sbb dah tak berapa gayat sgt...huhu....cantik gak view malam2 kat situ...so sempat la berposing sakan....heheh.....


Sblm balik ke umah (Tmn Merlimau Mas) sempat gak la berposing kat taman depan parking lot Menara Tamingsari...dah tak der keje sgt la ni...huhu....enjoy puas2...heheh....


Friday, June 12, 2009

Persediaan & Prosedur Sblm Pernikahan..

Time-time cuti sekolah ni mmg banyak pasangan yang melansungkan perkahwinan...Walaupun aku lum lagi nak kawin tapi aku nak kongsikan beberapa persediaan & prosedur sebelum penikahan bagi yang dah terdetik kat hati dia nak kawin...hehe...


Proses Dokumentasi Pihak Lelaki


Langkah 1

Sediakan:-
  1. Borang permohonan
  2. Sijil kursus (Jab Agama Islam Negeri / JAKIM / JPM)
  3. Surat Akuan Bujang / Surat Cerai / Surat Mati (surat2 ni bleh didapati di tempat anda bekerja)
  4. Salinan My-Kad (1 salinan bg pemohon, pasangan dan 2 org saksi)
Langkah 2

Untuk pengsahan Borang pemohonan (mesti dilakukan 1 bln sblm tarikh ijab kabul / Slps jumpe Penolong Pendaftar (PP) Kawasan / Imam Jurunikah. Sila la bawak:-
  1. perkara2 di langkah 1 (item 1 -4)
  2. 2 saksi
  3. tandatangan dihdpn PP / Imam Jurunikah
Langkah 3

Dah siap langkah yg ke 2 tu..terus ke pejabat kadi daerah (utk dptkan surat kelulusan / kebenaran berkahwin).. Sila bawak
  1. perkara2 di langkah 1 (item 1 -4)
  2. X payah bawak saksi
  3. buat pembayaran utk mendptkan surat kelulusan kebenaran dgn resit kerajaan
  4. Dapatkan surat kebenaran berkahwin
Langkah 4

Serah surat kebenaran berkahwin kpd pasangan perempuan


Proses Dokumentasi Pihak Perempuan


Proses dokumentasi pihak perempuan hampir sama dgn pihak lelaki cume der penambahan spt salinan My-Kad Wali serta surat nikah/cerai kedua ibu bapa. Setelah pihak lelaki menjalankan proses dokumentasi bg pihaknyer kini tiba plak giliran pihak perempuan membawa bersama-sama borang yg tlh disiapkan utk proses mendapatkn surat kebenaran berkahwin. Kebiasaanya urusan ini dijalankan oleh pihak perempuan.. Stlh sume proses selesa, segala dokumentasi akan diserahkan kpd jurunikah kawasan dimana pernikahan akan dijalankan....


Dokumen yg perlu ada utk pendaftaran perkahwinan


  1. Borang Permohonan
  2. Sijil Kursus
  3. Surat akuan bujang / dara
  4. Salinan kad pengenalan
  5. Surat kebenaran berkahwin
  6. Borang HIV
nie serba sedikit info yg aku dpt la...harap2 berguna la kepada yg dah gatal nak kawin tu...heheh

Thursday, June 11, 2009

kecantikan wanita


Kecantikan seorang wanita

bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,

susuk badan yang ditampilkan,

atau bilamana ia menyisirkan rambutnya."

"Kecantikan seorang wanita

harus dilihat dari matanya,

kerana itulah pintu hatinya -

tempat dimana cinta itu ada."


Bosan giller + Bengang gillerrr....

Aduhhh...bosan tull skrg ni..tak der plak keje...time sibuk nak ngajar banyak plak kerja2 sampingan...ni tgh tak der student tak der plak keje yg nk dibuat...pecah pale mcm ni....tak suke...tak suke....


Start 14 - 25 Jun 2009 plak Fadlil ngan Athirah gi Induksi...sape jerr la yg ader kat office ni t...mesti bosan tahap ultraman aku ni....wawawa...mama tolong la anak mu ini....


yg wat aku bengang plak apesal diaorg ni yg gi kursus Induksi dulu dari aku...tak puas hati tull....rupe2nyer ader org sengal+bangang ( aku pun tak tau kat ADMIN / BLK ) yang tak hantar borang2 aku ngan member2 yang masuk sekali ngan aku tu kat BSM (Bahagian Sumber Manusia) KPT....makan gaji buta kerr....cepat la panggil aku untuk kursus induksi tu oiii.....bosan tul....

Wednesday, June 10, 2009

Rahsia bulan kelahiran...

Aku dilahirkan pd bulan September...sbb tu aku suke sgt ngan angka 9 ni...so kat bawah ni aku dpt dr tenet rahsia bulan kelahiran aku...jom kita tengok sape yg kene...hehehe

  • Sangat bersopan santun & bertolak ansur. (bersopan santun la sgt...hahaha)
  • Sangat cermat, teliti & teratur. (mcm tipu jer...hehe)
  • Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik. (mmg betul pun...aku suke me"laser")
  • Pendiam tapi pandai bercakap. ( yg ni tipu...aku mmg bnyk ckp tp dgn yg aku kenal je la....)
  • Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati. ( ye ke????)
  • Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur. (setia ker????)
  • Kerja yang dilakukan sangat sempurna. (ntah la...tu kene tny bos2 aku la..hehe)
  • Sangat sensitif yang tidak diketahui. (mmg pun..huhu)
  • Seorang yang banyak berfikir. (mmg suke pikir pun)
  • Daya pentaakulan yang baik. (pentaakulan tu ape???)
  • Otak bijak & mudah belajar. (ye ke...)
  • Suka mencari maklumat. (tak pun...malas jerr)
  • Kawal diri dari terlalu mengkritik. (tak kawal pun mulut ni...asyik nak me"laser" jer)
  • Pandai mendorong diri sendiri. (mendorong ke mane la tu...huhu)
  • Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia. (huhu...ye ke)
  • Suka sukan, hiburan & melancong. ( memang pun...suke sgt)
  • Kurang menunjukkan perasaannya. (buat ape nak tunjuk...simpan je dlm hati)
  • Terluka hatinya sangat lama disimpan. ( tapi tak berdendam ek)
  • Terlalu memilih pasangan. (tak der la...tak memilih pun)
  • Sukakan benda yang luas. (hurmm...ye ke??)
  • Bersistematik (bersistematik lah sgt..)
ader yg betul n ader yang aku rase tak sama ngan diri aku....huhuhu.....

Wednesday, June 3, 2009

"5 Things"

nie 1st time kene wat tags ni...tak reti sgt pun...sbb dh ader yg suh wat kan...hentam je la wat benda ni...


1) "5" nama timangan anda...
Along - nie nama manja time kat umah, kg n kawasan kejiranan kat key ell...kalo tak sebut nama ni mesti tak der yg kenal....huhuh
Wahid - nama ni diberi oleh cikgu PKE aku time kat school dulu sbb tak nampak ayu + lemah lembut mcm bdk2 gurl yg lain...member2 kat SYABAS pun panggil nama ni...
Syg - nie abg aku jerr yg panggil...syg sgt la kot....
Cik Nur - disbbkan kat office ni ader yg sama nama ngan aku...so kene create a new name la nak bezakan antara Cik ngan Puan...heheh...nie la nama br aku....cam tak best je...
Yda - semua member2 kat sek rendah, menengah, matrik n utem panggil aku guna nama ni...senang, mudah, ringkas dan padat...heheh


2) "5" sifat/tabiat buruk.....
Pelupe - kadang tu sj je buat2 lupe...heheheh
Moody - bile time bdk2 sengal buat hal aku pun akan mula la nak cr pasal...biasalakan....
Me"lazer" - mulut aku ni kadang2 tak leh nak control...hehe...
Memecut - aku ni ble time tgh sakit hati mmg suke bawak kete laju2...nasib baik la kete tu kenari je....kalo la Lancer ke Honda Civic ke lagi jauh la aku gi.....abah sikit punyer bising aku bawak kete laju...tak pe asalkan hati senang...heheh
Membebel - kita sama la kak limy....suke membebel...nasib la sape yg kene bebel tu...tahan je la telinga tu yerr....heheh


3) "5" makanan favourite....
Asam pedas - aku suke sgt makan asam pedas...nak2 kat kedai Apple Burger (nama je burger tapi ader tau asam pedas) ngan Malinja...sedap giller asam pedas tu....habis la diet aku kalo makan banyak2...huhu
Ayam Goreng - mcm upin ngan ipin plak...huhu
Spegetti Bollognese - sedapnyerr...tapi aku makan yg aku masak je la...huhu
Chicken Chop - lapar plak...huhu...lagi sedap kalo der yg belanja
Ikan Bakar - buat masa ni yg makan ikan bakar yg plg best kat Umbai la...hehe...dekat je ngan umah aku....sedap2


4) "5" subjek pelajaran paling suka...
Math/Addmath - sbb aku paling suke kira mengira ni...otak leh berfikir lebih skit...hehe
Analisis Litar - huhu...best giler subjek ni...naik pening nak cr rintangan, arus, voltan, etc....
Sistem Elektronik 2 - suke pun sbb kene ajar subjek ni...tu yg rase cam terror jerr..hehe...
DSP (Digital Signal Processing) - sbb pe suke ek...sbb dpt lecturer yg best...huhu
PLC - huhu..suke sgt2...sbb kene wat projek time LI dulu guna PLC + touch screen...thanks yerr bos bg peluang tunjuk bakat buat sistem....heheh


5) "5" benda wajib dalam purse....
Duit - penting giler..tak der benda ni tak payah la gatal2 nak kuar
IC - penting wooo...nt org ingat pendatang tanpa izin plak..huhu
Card Credit - in case kalo tak cukup cash....heheh
Lesen memandu - JPJ ngan Polis sue wat roadblock la...tak suke..tak suke
ATM Card - sgt penting...ibu duit ni...heheh


6) "5" topik yang biasa di bual bersama pasangan/teman....
Keje-keje - sampai mati pun tak habis keje ni...huhu
cerita panas - ape2 jer yg berlaku kat jke ni mesti dibualkan..heheh..
cinta - bab ni ngan BF tersayang je la..hehe...best-best
Prob - citer kat roomate ngan ABG je...tp banyak yg tak citer...slalu simpan je...
Lawak - slalunyer dgr budak2 aras 3 buat lawak bodoh...leh gelak sampai guling2 mcm tenggiling...heheh


7) "5" MANGSA TAG..
Fadlil : try la wat 4 the 1st time
Athirah : ko pun kene try gak wat tag ni...huhuhu
Dayah : aku tau ko malas nak wat...tp sbb dah lama ko tak update blog ko tu yg ko kene wat gak..aku tak kira...

dah cukup la tu 3 org jerr...malas nak suh org lain...huhuhu....yg tiga org ni wat tau tag ni...


selamat maju jaya...hahahaha

Tuesday, June 2, 2009

19 September...

Nie kunun2nyer adelah ciri-ciri bg sape2 yg lahir pada tanggal 19 Sept....
  1. suave and compromising
  2. careful, cautious and organized
  3. likes to point out people's mistake
  4. likes to criticize
  5. quiet but able to talk well
  6. calm and cool
  7. kind and sympathethic
  8. concerned and detailed
  9. trustworthy, loyal and honest
  10. does work well
  11. sensitive
  12. thinking
  13. good memory
  14. clever and knowledgeable
  15. loves to look for information
  16. must control oneself when criticizing
  17. able to motivate oneself
  18. understanding
  19. secretive
  20. loves sports, leisure and travelling
  21. hardly shows emotions
  22. tends to bottle up feelings
agak2nyer la sama ke aku ngan ape yang tertulis kat atas ni???....huhuh

Monday, June 1, 2009

love compatibility

LEO and VIRGO compatibility


Leo mystifies you; with Leo, there is intrigue and the combination of the Leo Sun with your Mercury could blend into an incandescent effect. There is attraction, but the relationship could feature clandestine meetings, secret maneuvers and possibly involve you in scandal. Leo affects that part of your chart related to secrets, restrictions and illicit romance. Money is involved and the "good life" is lived. You might, as a matter of fact, live it up so much that practical affairs are neglected. Much is hidden in this relationship: you may become enamored of Leo at a time when you are not free to meet openly or be seen together. Somehow, Virgo, the relationship with Leo affects you in this manner: there are deceptions, a third person involved, secrets.

Listen: there is much to favor your association with Leo. Your sense of beauty, and art is enhanced. You learn and can be inspired. You can add to your possessions and you could marry Leo. But, like many other relationships, this one certainly contains its share of complications. Leo sparks your intellectual curiosity; you want to know the why of Leo. You investigate and you often take the initiative in getting the relationship off the ground. You soon learn how much flattery means to Leo. With your quick, mercurial mind you detect the Leo flaws as well as assets. Leo's romantic nature and highly developed imagination haunt you. You may try to forget, but putting Leo completely out of your mind is no easy assignment. Leo could help you in television, motion pictures. Leo could aid you in organizing special clubs, and groups. You could succeed in making personal appearances with Leo. The two signs make each other look good. You could do much worse than Leo. But, despite the good times, an air of apprehension is apt to linger. Keep your guard up; the Leo charm could throw your for a loss as well delight you

Menjamu selera


DURIAN

JOM MAKAN BANYAK2


dah rezeki aku ngan family hari tu...kebetulan gi melawat Tok Njang kat kebun dia tup tup der durian yg gugur plak...walaupun sebiji je yg gugur puas gak la makan....besar plak tu...best best....


Besar kan durian ni...isi tebal giler....suke betul aku makan buah durian ni....


makan time....adik aku si tembam ni tamak betul...kat tangan lum habis lagi dah cop durian yg lain tu dia punyer...makin tembam la ko...mkn la banyak2....


nie la penghabisan sekali...heheh...tinggal kulit ngan biji durian je...hehehe...kalo kulit ngan biji durian ni bleh makan sure licin punyer kitaorg sebat....hehehe


Nie banyak lagi kat atas pokok yang lum gugur kebumi lagi...nak makan durian lagi...waaaa...sedap tul durian ni.....


Buah cempedak yg siap berbalut banyak giller atas pokok...time aku gi tu tak der yg masak lagi...kempunan tul...

Selamat Pengantin Baru

31 Jun 2009...di SP lagi....gi kenduri kawin adk kesayangan Mr. F...so sempatla aku berposing ngan pengantin n biliknyer sekali...heheh...ngan abg pengantin pun der jugak...hehe..


SELAMAT PENGANTIN BARU
SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE ANAK CUCU


eh ni sape plak yg posing sakan ni...mcm dia plak yg kawin...huhuhu



apesal la aku ni suke sgt bergambar.....huhuh...ader gaya mcm pengantin tak??heheh

Cuti-cuti Malaysia

Tanggal 29 April 2009 bertolak ke Penang bersama insan tersayang serta bakal pengantin....bertolak dr melaka jam 6.00 ptg dan sampai di Penang pukul 245 pagi...naik lenguh satu badan ni....

30 April 2009 aku tak gi jenjalan mane2 pun sbb adik aku (Dayah a.k.a tembam) der kelas plak pagi ngan petang....malam tu plak gi makan2 ngan Zue n Abg Shah..berjumpe juga akhirnya...dua2 pun makin tembam dan berisi sama mcm aku...hehehe...1 Jun 2009...bangun pun dh lambat...so terus je gi Queensbay...ntah aku pun tak tau kat mane tu...huhu...first skali gi isi tangki yg berbunyi2 ni...breakfast + lunch kat KFC jer...mls nk pikir nk mkn pe...hhuhuhu


pastu gi beli jeruk2 yg terkenal kat penang ni...huhu...then balik hostel siap2 utk gi kenduri kawin sepupu aku plak kat kulim...aku nie bile lagi ek???heheh...sape nampak lagi berseri-seri??aku ke pengantin??heheh


Nie plak antara hantaran yang diterima disblh pihak perempuan....


Dah selesai kat umah kenduri berangkat balik plak ke kg halaman di SP..huhu..penat tak terkira tapi enjoy...sempat gak la aku berposing ngan mama ngan abah....



kat kenduri kawin ni aku jumpe ngan atok ngan nenek yg dh lama giler tak jumpe...org dah tak suke tak pe la...aku wat tak tau jer la...lantak la...aku tak rugi pape pun....