CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

...nota dari Tuan Punyer Rumah yang tak bertanah...

blog ini adalah blog peribadi NUR WAHIDA JANUDIN. diulang skali lagi.BLOG PERIBADI. SO,segala tulisan,isi kandungan di dalam blog ini adalah penceritaan saya sendiri melainkan ia dinyatakan di situ bahawa saya mengcopy dan mengpaste cerita tersebut.penulisan di blog ini lebih kepada perjalan hidup saya. SO,andai kata ada di kalangan pembaca mungkin terkecil hati,terasa hati,diserang penyakit jantung mahupun penyakit yang membawa maut akibat dari membaca blog saya ini.SAYA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB SAMA SEKALI. saya tau ramai yang berpenyakit HATI selepas membaca nota ini. ape aku kesah. KAU ADA? lagi satu. penceritaan di blog ini adalah hak saya. jika anda tidak suka,dengan senyuman sampai ke telinga saya mengesyorkan anda click tanda "x" kat atas sekali belah kanan nun :)
"BLOG SAYA.HAK SAYA."

Pages

Wednesday, May 6, 2009

Lagi wanita hamil maut selepas diragut

KOTA BHARU – Sudahlah beg tangannya diragut sehingga motosikal yang ditunggang hilang kawalan, wanita itu pula kemudian dirempuh sebuah kereta sehingga menemui ajal di tempat kejadian.

Itulah kesudahan hidup Saripah Mohd. Noor, 34, (gambar kecil) selepas diragut dua lelaki berjiwa syaitan di Kampung Padang Raja, Jalan Melor, Ketereh di sini semalam.

Mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya dan terjatuh apabila tali beg tangan yang disilang pada badannya ditarik oleh dua lelaki bermotosikal kira-kira pukul 10.50 pagi.

Selepas terjatuh, mangsa yang mengandung tiga bulan anak keenamnya kemudian dilanggar oleh sebuah kereta jenis Proton Saga yang datang dari arah bertentangan.

Kemalangan itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari rumah ibunya di Kampung Kok Bedullah, Tumpat untuk pulang ke rumahnya di Kampung Jel, Lepek, Bachok dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah berkata, mangsa sebelum itu dihampiri sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki yang meragut beg tangannya sebelum berlaku pergeseran.

Akibat pergeseran itu, motosikal mangsa hilang kawalan dan terjatuh di laluan bertentangan sebelum dilanggar sebuah kereta yang gagal mengelak kerana terlalu hampir dengan mangsa.




Tak habis2 berita pasal ragut...sumenyer berakhir dgn kematian..semua mangsa kes ragut adalah perempuan..memang sengal la peragut2 ni...elok dipotong jer tangan tu....biar tak leh nak meragut lagi....


Aku pun penah jadi mangsa ragut jugak...tapi alhamdulillah la tak der ape2 yang dasyat berlaku...

Kepada sume wanita2 dimuka bumi ni berhati2 lah...xpyh la nak tayang rantai emas ke gelang emas ke....jgn plak sj je tayang handbeg tu...huhu...kadang2 tu peragut tu tak pandang sume tu...dia main ragut jerrr...mmg sengal la peragut ni....baik lenyek je diaorg ni dgn lori 16 tayar...hahahah...baru padan muka

No comments: