Friday, May 29, 2009
al-kisah tentang malas....
Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku
Katanya : 'saya adalah yang paling malas'
Raja pun bertanya : 'apa tahap malas awak?'
Lalu jawab lelaki tersebut :'kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya'.
Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : 'Saya lebih malas lagi dari dia tuanku'.
Tuanku pun bertanya kepadanya : 'sampai mana pulak tahap malas awak?'
maka jawabnya : 'Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan'.
Maka raja pun terdiam.....
Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil
berkata: 'saya adalah yang paling malas tuanku'.
Raja pun bertanya: 'bagaimana pula tahap kemalasan awak?'
budak itu pun menjawab : 'Nak cite pun malas'....
heheheheh.......
Antara sebab hati tidak tenang
Satu Kisah Cinta biasa.......
Suami saya adalah seorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya. 3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, sayaharus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan.
Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang dan ketidak mampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan sayaterhadap cinta yang ideal. Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. "Mengapa?" Dia bertanya dengan nada terkejut. "Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.
Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya."Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan."Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yangAbang akan lakukan untuk Siti?" Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok."
Hati saya terus gundah mendengar responnya itu. Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah dan saya menemui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan... 'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkanAbang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya. "Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis didepan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.""Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar Dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang." "Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat ditempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang kerumah." "Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan Dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu." "Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami." "Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu." "Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbingmenelusuri pantai,menikmati matahari pagi danpasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu." "Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang." "Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti." "Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.
"Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetapberusaha untuk terus membacanya lagi."Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pinturumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapanSiti." "Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk
mengemaskan barang-barang Abang dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."
Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya. Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.
Khutbah dari Nabi s.a.w mengenai dajjal....
"Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.
"Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta
huruf.
"Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk"
Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: "Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?" Orang Arab itu akan berkata: "Tentu." Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: "Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu."
"Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: "Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya:
"Siapa Tuhanmu?" Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: "Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah." Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga."
Kata Rasulullah s.a.w lagi: "Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.
"Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi."
"Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.
Dalam hadis yang lain, "di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur."
Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai."
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: "Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu.
Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi."
Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan: "Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: "Mengapa menangis?" Saya menjawab: "Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya." Rasulullah s.a.w berkata: "Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat."
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa."
Ada yang bertanya: "Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?" Rasulullah s.a.w menjawab: "Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu." Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: "Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?" Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.
Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: "Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?" Mereka semua menjawab: "Ya, kami ingin." Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.
Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: "Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas'ud dan kemudian membunuh Dajjal itu."
Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita.
Thursday, May 28, 2009
Travel....
nie driver yg bertanggungjawab menghantar aku ke penang....
nie aku bergambar kat RnR Sg Perak....
Timbang....
pelik tul aku....
so untuk mengecohkan lagi keadaan kitaorg pakat timbang ramai-ramai...hehehe...
almaklumlah nk menghilangkan tension tanda paper student ni...huhu
aku pun tak ketinggalan utk menimbang berat lemak2 yg der kat bdn aku ni...
jeng!jeng!jeng!...
berat aku turun lagi...
mungkin sebab tak berapa selera nak makan kot...hehehe...
ntah pesal ntah tak der selera....
berat aku dari 59.7kg leh turun jadi 55.5kg.....
timbang tu tak salah ek...
sbb sayang aku pun timbang gak....
berat dia dari 51.9kg turun jg 51kg....
makin kurus la...dah tinggal tulang je tu...
makan la banyak sikit...
Wednesday, May 27, 2009
Terminator : Salvation
Best giler la citer ni...penuh ngan aksi disamping hero2nyer yg hensem2...hehe...cam minah gatal je aku ni....
aku recommend korang gi la tgk...best giler....
Sunday, May 24, 2009
Syurga Cinta....
katil baru....
bantal sponge bob tu bukan aku punyer...Fiza yg punyer....tunang dia yg bagi...almaklumlah org ader tunang...heheh...bile ko nak kawin ek fiza???
yg aku ader cuma bantal busuk aku je...tu pun amik masa gi melbourne...hehe...bukan curi tau...amik jerr...dah bayar tiket mahal2 so aku pun rembat la bantal + selimut MAS...ntah mane2 tah gi selimut aku tu...huhu....bestnyer kalo dpt tdo skrg ni...tgh ngantuk giler ni....
Thursday, May 21, 2009
balik kg...
elok aku sampai je kat kedai tu...
"abah dah pilih dah...ko beli katil ni je...ok jugak ni..."...alamak...aku tgk katil tu sikit punya besar walaupun queen size je....harga jgn ckp la....dlm 17++ gak la...nasik baik dapat 30% diskaun...so tinggal 1.2K je...tapi abah yang bayar pakai kredit card platinum dia...heheh...bulan2 aku bayar balik la nt...heheh....tu pun kalo ingat....heheh...thanks yerr ABAH....
then destinasi seterusnya ke Kg Sg Petai...jeng!jeng!jeng!...cube teka sapa yg berani ikut aku balik kg...aku pun tak percaya dia nak ikut aku balik kg....kiranya dia menjadi tetamu la di kg aku...heheh...kat bawah ni picture dia utk tontonan umum...heheh
Adik aku yg gemok tu pulak sibuk mengendeng je ngan dia...aku tau dia (bdk gemok) ader niat lain tu....tak lain tak bukan nak main games kat dlm HP...huh...bertuah punyer budak.....
Tuesday, May 19, 2009
MSP Hoki
nie gambar dengan SCANDAL...heheh...jgn jeles....ensem x??
Monday, May 18, 2009
Sunday, May 17, 2009
Jom...tgk wayang....
Title: Power Kids (Haa Hua Jai Hero)
Director: Krissanapong Rachata
Starring: Johnny Nguyen, Nanthawut Boonrubsub, Sasisa Jindamanee
Official website: www.powerkidsmovie.com
Release Date in Thailand: 5 March 2009
Power Kids circles around 5 kids; Wut, Kat, Pong, Woon and Jib, who grow up in a martial art school. Their ordinary life twists when they fight a rowdy gang and it causes Jib's heart disease to relapse. Jib urgently needs to get heart transplant at a hospital, and the kids unexpectedly are involved in a lethal circumstance when ruthless terrorists are occupying the hospital. So, time for hero begins when the kids decide to strike back to protect their friends and the country. With friendship, courage, and the heart that is larger than their size, the kids want the victory.
Aku membuang masa bersama MR. F diujung minggu dgn menghabiskan masa berjalan2 di MP n tengok wayang....hehehe....jgn jeles....
First time aku g tgk wayang kat Dataran Pahlawan...best gak la environment kat c2....selesa gillerr...tak sejuk sgt pun....
reasonnyer......
takut aku belasah adik2 aku tu...pelik tul reason tu...huhu...
teringin giller nak pandai fight mcm tu...heheh....
mesti husband aku nt takut ngan aku kalo aku pandai fight mcm tu....hahahah.....kalo dapat husband yg kurus kering lagi kesian...takut patah plak tulang temulang dia plak kang.....hahahahaha
Jason Mraz – I’m Yours
Well you done done me and you bet I felt it
I tried to be chill but you’re so hot that I melted
I fell right through the cracks
and now I’m trying to get back
Before the cool done run out
I’ll be giving it my bestest
Nothing’s going to stop me but divine intervention
I reckon its again my turn to win some or learn some
I won’t hesitate no more, no more
It cannot wait, I’m yours
Well open up your mind and see like me
Open up your plans and damn you’re free
Look into your heart and you’ll find love love love
Listen to the music of the moment maybe sing with me
Ah, la peaceful melodys
It’s your God-forsaken right to be loved love loved love love
So I won’t hesitate no more, no more
It cannot wait I’m sure
There’s no need to complicate
Our time is short
This is our fate, I’m yours
I’ve been spending way too long checking my tongue in the mirror
And bending over backwards just to try to see it clearer
But my breath fogged up the glass
And so I drew a new face and laughed
I guess what I’m saying is there ain’t no better reason
To rid yourself of vanity and just go with the seasons
It’s what we aim to do
Our name is our virtue
I won’t hesitate no more, no more
It cannot wait I’m sure
There’s no need to complicate
Our time is short
This is our fate, I’m yours
Well no no, well open up your mind and see like me
Open up your plans and damn you’re free
Look into your heart and you’ll find love love love love
Listen to the music of the moment come and dance with me
ah, la one big family (2nd time: ah, la happy family)
It’s your God-forsaken right to be loved love love love
I won’t hesitate no more
Oh no more no more no more
It’s your God-forsaken right to be loved, I’m sure
Theres no need to complicate
Our time is short
This is our fate, I’m yours
No I won’t hesitate no more, no more
This cannot wait I’m sure
There’s no need to complicate
Our time is short
This is our fate, I’m yours, I’m yours
EurO HoteL
Thursday, May 7, 2009
Bunga - -<@
Weight...
Si dia pun timbang jugak berat badan atas desakan aku...terkejut giler aku berat dia baru 51.7kg dgn ketinggian 169cm...hahahahah...kurus giller...kalo ikut BMI la dia ni tergolong dlm org2 yang slim/overslim...hahahahha.....kalo dia berdiri sblh tiang lampu tak tau la nak bezakan yang mana satu tiang..hahahhahah......
So, cara nk kira adlh spt berikut:-
BMR ( basal ######bolic rate )
= kalori yang kita burn during kita rest + sleep
Cara pengiraan.
laki = (13.75 x w) + (5 x h) - (6.76 x a) + 66
perempuan = (9.56 x w) + (1.85 x h) - (4.68 x a) + 655
RMR ( resting ######bolic rate )
= kalori yang kita bakar bila kita rest sahaje
cara pengiraan.
laki = (10 x w) + (6.25 x h) - (5 x a) + 5
pempuan = (10 x w) + (6.25 x h) - (5 x a) - 161
w = berat (kg)
h = tinggi (cm)
a = age
selepas dapat jumlah tersebut , contohnya 1556 kalori
kita kena darabkan dengan
x1.2 ( utk orang yang buat activity yang minima )
x1.375 ( very light eksesais 1- 3 x seminggu )
x1.55 ( moderate eksesesais 3-5 x seminggu )
x1.725 ( very hard eksesais @ eksesais utk atelit sukan, 6-7x seminggu )
Nak kira BMI plak ;
BMI = berat (kg) / [tinggi(m)kuasa dua]
Selamat mengira...hehe
Wednesday, May 6, 2009
Lagi wanita hamil maut selepas diragut
KOTA BHARU – Sudahlah beg tangannya diragut sehingga motosikal yang ditunggang hilang kawalan, wanita itu pula kemudian dirempuh sebuah kereta sehingga menemui ajal di tempat kejadian.
Itulah kesudahan hidup Saripah Mohd. Noor, 34, (gambar kecil) selepas diragut dua lelaki berjiwa syaitan di Kampung Padang Raja, Jalan Melor, Ketereh di sini semalam.
Mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya dan terjatuh apabila tali beg tangan yang disilang pada badannya ditarik oleh dua lelaki bermotosikal kira-kira pukul 10.50 pagi.
Selepas terjatuh, mangsa yang mengandung tiga bulan anak keenamnya kemudian dilanggar oleh sebuah kereta jenis Proton Saga yang datang dari arah bertentangan.
Kemalangan itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari rumah ibunya di Kampung Kok Bedullah, Tumpat untuk pulang ke rumahnya di Kampung Jel, Lepek, Bachok dekat sini.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah berkata, mangsa sebelum itu dihampiri sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki yang meragut beg tangannya sebelum berlaku pergeseran.
Akibat pergeseran itu, motosikal mangsa hilang kawalan dan terjatuh di laluan bertentangan sebelum dilanggar sebuah kereta yang gagal mengelak kerana terlalu hampir dengan mangsa.
Tak habis2 berita pasal ragut...sumenyer berakhir dgn kematian..semua mangsa kes ragut adalah perempuan..memang sengal la peragut2 ni...elok dipotong jer tangan tu....biar tak leh nak meragut lagi....
Aku pun penah jadi mangsa ragut jugak...tapi alhamdulillah la tak der ape2 yang dasyat berlaku...
Kepada sume wanita2 dimuka bumi ni berhati2 lah...xpyh la nak tayang rantai emas ke gelang emas ke....jgn plak sj je tayang handbeg tu...huhu...kadang2 tu peragut tu tak pandang sume tu...dia main ragut jerrr...mmg sengal la peragut ni....baik lenyek je diaorg ni dgn lori 16 tayar...hahahah...baru padan muka
Tuesday, May 5, 2009
Monday, May 4, 2009
ZiD KaWiN lAgI
Sunday, May 3, 2009
Malam praGraduaN JKE
Tarikh : 29 April 2009
Masa : 8.00 mlm - 12.00 mlm
Tema : Simple & Smart
Ditemani rakan2 seperjuangan aku menghadiri Majlis Malam Pragraduan bagi sesi Jan 2009...tapi tak ramai yang gi..yg paling menjengkelkan la ORG TUA GEMUK tak sedar diri tu ader plak....argghhhhh menyampahnyerrr......
TAK SUKE !!! TAK SUKE !!!
Kalo tak der cabutan bertuah tak berseri majlis tu....heheh...
aku pun tak ketinggalan BERTUAH pd mlm tu...heheh...jgn jeles yerr kpd sape2 yang tak berapa nak bertuah...hehhe
so antara rakan seperjuangan yang bertuah pada mlm tu ialah....jeng ! jeng ! jeng
nie Hapis...hamper utk cabutan bertuah...manakala hadiah sblh hamper tu utk kategori pakaian paling smart....mmg smart pun...tahniah!!!!
nie plak Hafiza a.k.a roomate aku...bertuah jugak dia malam ni..ingatkan tak dapat...rupenyerr dapat jugak....
nie officemate aku Fadlilhisham a.k.a junior mase kat UTeM dlu..tapi aku ske pgl dia LILY...hehehe...tu kira nama manja dia la tu...aku je yang panggil mcm tu...tak pe kan????? jgn..dapat gak cabutan bertuah...hadiah yg dia dapat berupa set kecantikan jenama PAPAYA...heheh...ape maknenyer tu ek???heheh....pakaila whitening cream tu biar cerah skit....heheh...jgn marah yerrr.....
Makan Time
dah la tak der selera nak makan sejak 2 3 hari ni...
tah apesal tah...
tension kot...hehe..
sbb pe ek tension???ntah la....
ntah bile la selera aku nak stabil balik ni....badan dah rase mcm masuk angin....mcm biskut masuk angin...lemau...heheh....
so untuk mengelakkan dr kene gastrik aku pun makan la donut ni...tapi satu je la...yang lain aku bg kat budak2 yg sentiasa kelaparan...heheheh
pastu minum plak air mocha nie...sedap tulll....pastu pale jd bengong...heheh