CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

...nota dari Tuan Punyer Rumah yang tak bertanah...

blog ini adalah blog peribadi NUR WAHIDA JANUDIN. diulang skali lagi.BLOG PERIBADI. SO,segala tulisan,isi kandungan di dalam blog ini adalah penceritaan saya sendiri melainkan ia dinyatakan di situ bahawa saya mengcopy dan mengpaste cerita tersebut.penulisan di blog ini lebih kepada perjalan hidup saya. SO,andai kata ada di kalangan pembaca mungkin terkecil hati,terasa hati,diserang penyakit jantung mahupun penyakit yang membawa maut akibat dari membaca blog saya ini.SAYA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB SAMA SEKALI. saya tau ramai yang berpenyakit HATI selepas membaca nota ini. ape aku kesah. KAU ADA? lagi satu. penceritaan di blog ini adalah hak saya. jika anda tidak suka,dengan senyuman sampai ke telinga saya mengesyorkan anda click tanda "x" kat atas sekali belah kanan nun :)
"BLOG SAYA.HAK SAYA."

Pages

Wednesday, June 5, 2013

Candy Crush Saga

entry kali ini aku tulis sbb aku sgt2 suke bermain game ni...game Candu Crush Saga...terjebak disebabkan hubby aku la ni...dia yg dok jek jek aku suh main...haaa amik ko dh main tak reti plak nk berhenti....walaupun hubby aku yg start main games ni dulu tp aku dah mendahului dia...hehe....pastu bile dia dh bertukar kepada Windows Phone terus stop main game ni sbbnyer games ni tak leh didownload guna Windows Phone....hurm..xsupport katenyer...so aku je la yang bertungkus lumus bermain games ni nk lepas dari satu level ke satu level yang lain...skrg ni aku dan sampai level yang ke 181...ader bnyk lagi level nak kene habiskan....masalah dr sengi nyawa la plak...huhu...nak tunggu setengah jam baru dapat satu nyawa...nyawa full 5 je plak tu...kalo unlimited sedap la sikit kan...hahaha....tak jadi buat keje lain la kalo dah start ngadap benda alah ni...huhu...level yg paling susah stakat ni level 147...seminggu lebih la aku stuck kat situ...adoiii...menguji kesabaran sungguh...huhu...







kalo nk tau best ke tak try la main...hehe....bile main games ni teringat kat sticky candy...hehe...
ok...choww...

Monday, June 3, 2013

Majlis Perkahwinan Ayin & Shima

huhu...dh lama baru nk update...sbbnyer baru dapat gambar2 ni...huhu...

anyway big CONGRATULATION kepada Ayin dan pasangan...semoga perkahwinan yang dibina atas dasar cinta dan kasih ini akan berkekalan hingga ke Jannah dan semoga murah rezeki dengan dikurniakan cahaya mata yang soleh & solehah...



Abah Pengantin Lelaki

Mak Pengantin Lelaki


SELAMAT PENGANTIN BARU!!!



aksi2 si kenit on the big day...







Hari Keluarga JKE di Goldcoast Morib, Sepang

~~~ FAMILY DAY JKE ~~~

Tarikh : 24 Mei 2013 - 25 Mei 2013
Tempat : Goadcoast Morib, Sepang

Keluarga besar JKE PMM


malas nak tulis banyak2...layankan je gambar2 budak kenit ni bermain air...






cuti2 habiskan duit...huhu



Monday, May 13, 2013

Resipi : Sambal Ikan bilis Bunga Kantan

resipi yg paling senang nak buat dan sedap bangat...haha...aku amik resipi ni dr makcik aku yang sememangnya handal memasak..

Bahan-bahannya

Cili api @ padi
Bunga Kantan
Ikan Bilis


Cara membuatnya

Tumbuk kesemua bahan diatas mengikut citarasa masing-masing...selepas itu masak diatas kuali dengan sedikit minyak macam kita masak sambal biase tu...agak2 dah garing so angkatla...dah siap dan sedia untuk dinikmati...

makan dengan nasi panas mmg sedap giler...tak caya cube la...


Resipi : Baklava Kekacang

actually resipi ni dah lama aku buat...ni baru terasa hati nk tulis...huhu...kawan satu opis yang ajar aku ni...ni blog kawan aku tu kak Siti Zulia...banyak resipi dalam tu...boleh le rajin2kan diri mencube...

"Baklava merupakan makanan pemanis mulut yang enak dan sangat popular di negara Timur tengah. Ianya diperbuat daripada kulit pastry phyllo yang dilapis-dilapiskan bersama campuran kacang. Kemudian ia akan dibakar dan disiramkan dengan sirap sebelum disajikan. Pastry phyllo  adalah kepingan doh yang nipis dan apabila ia dibakar ia akan menjadi garing. Ia boleh dibuat daripada doh tetapi dengan perkembangan teknologi pastry phyllo boleh dibeli di pasaraya yang terpilih."... Boleh baca keterangan lanjut mengenai baklava di sini. 

ni resipi dan cara2 membuat baklava kekacang ni...


Bahan-bahan yang digunakan 

10 keping fillo pastry (dipotong mengikut saiz loyang)
100 gm kacang pistachio
100 gm kacang walnut
2 sb kacang badam
2 sb kacang hazel
2 sb kacang biji labu
100 gm mentega (dicairkan)



kacang pistachio

kacang walnut

kacang badam


kacang hazel

kacang biji labu



Sirap:
100 gm gula pasir
200 ml air
5 sb madu
1 batang kulit kayu manis
1/2 biji lemon bersama kulitnya




Cara-cara membuatnya...


  • Campuran kekacang dibakar selama 5 minit.
  • Campuran kekacang ditumbuk kasar.

  • Sapukan mentega pada loyang dan letakkan selapis fillo pastry dan sapukan dengan mentega.



  • Ulang langkah ini sebanyak 8 lapisan.

  • Tabur dan ratakan 1/3 daripada campuran kekacang.
  • Lapiskan dengan fillo pastry dan disapu dengan mentega.
  • Buat 2 lapisan dan taburkan dengan 1/3 lagi campuran kekacang.
  • Buat lagi 2 lapisan fillo pastry yang telah disapu mentega dan ratakan baki campuran kekacang yang terakhir.
  • Untuk lapisan atas, buat 8 lapisan fillo pastry yang telah disapu setiap satunya dengan mentega.
  • Potong adunan ini berbentuk diamond dengan menggunakan pisau yang tajam.

  • Bakar pada suhu 210 celcius selama 30 minit atau sehingga keperangan.



  • Sementara menunggu adunan dibakar, campuran bahan-bahan sirap dan masak sehingga mendidih.
  • Biarkan sirap mendidih selama 10 minit dan matikan api.
  • Setelah adunan masak, segera tuangkan sirap di atas adunan secara rata.
  • Sedia untuk dinikmati.

 

tetibe mcm teringin nk mkn baklava ni...adoii....tp tak berapa rajin nak buat..huhu...

SELAMAT MENCUBA....