CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

...nota dari Tuan Punyer Rumah yang tak bertanah...

blog ini adalah blog peribadi NUR WAHIDA JANUDIN. diulang skali lagi.BLOG PERIBADI. SO,segala tulisan,isi kandungan di dalam blog ini adalah penceritaan saya sendiri melainkan ia dinyatakan di situ bahawa saya mengcopy dan mengpaste cerita tersebut.penulisan di blog ini lebih kepada perjalan hidup saya. SO,andai kata ada di kalangan pembaca mungkin terkecil hati,terasa hati,diserang penyakit jantung mahupun penyakit yang membawa maut akibat dari membaca blog saya ini.SAYA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB SAMA SEKALI. saya tau ramai yang berpenyakit HATI selepas membaca nota ini. ape aku kesah. KAU ADA? lagi satu. penceritaan di blog ini adalah hak saya. jika anda tidak suka,dengan senyuman sampai ke telinga saya mengesyorkan anda click tanda "x" kat atas sekali belah kanan nun :)
"BLOG SAYA.HAK SAYA."

Pages

Wednesday, February 20, 2013

Kelahiran vs Kematian

Tazkirah di pagi Khamis.....



1- Ketika kamu dilahirkan, azan dilaungkan di telinga kamu, ketika kamu meninggal, kamu disolatkan tanpa azan.

2- Ketika kamu dilahirkan, kamu tidak ketahui siapa yang mengeluarkan kamu dari perut ibumu. Ketika kamu mati, kamu tidak tahu siapa mengusung kamu ke kubur.

3- Ketika kamu dilahirkan, kamu dimandikan dan dibersihkan. Ketika kamu mati, kamu juga dimandikan dan dibersihkan.

4- Ketika kamu dilahirkan kedua ibubapa kamu dan saudara-mara bergembira. Ketika kamu mati, kami ditangisi kedua ibubapa kamu dan sanak-saudara.

5- Kamu dicipta daripada tanah, Maha Suci Allah yang mengembalikan kamu kepada tanah.

6- Ketika dalam perut ibu kamu berada dalam tempat yang sempit dan gelap, ketika kamu mati, kamu juga berada dalam kubur yang sempit dan gelap.

7- Ketika kamu dilahirkan, kami ditutupi kain supaya aurat ditutupi, ketika kamu mati, kamu dikafan dengan kain supaya auratmu tertutup.

8- Ketika kamu dilahirkan, kelahiran kamu dinanti-nantikan dan sering ditanya perkhabaran kamu. Ketika kamu mati, kamu tidak ditanya melainkan amalanmu yang soleh.....

dihebahkan drpd emel yang diterima drpd Mohd Hasbullah Bin. Mustafa ...

Tuesday, February 5, 2013

Kuasa Air Liur

buat renungan pembaca...

artikel ini saya dpt menerusi email dr saudara Mohd Hasbullah Bin. Mustafa.




Shaharul seorang yang suka berkata-kata mengenai orang lain, di belakang orang itu. Perkara yang ditumpukannya selalunya negatif.

Satu hari, beliau bertemu dengan Ustaz Kassim di sebuah warong. Sebaik sahaja duduk, Shaharul mula berkata-kata mengenai jirannya, bosnya, isterinya dan juga sahabat-sahabatnya.

Ketika merungut dan bercakap buruk mengenai bosnya, Shaharul akan mempamirkan sikap geramnya… semakin dicerita bagaimana bosnya tidak adil, semakin jelas kegeraman pada nada Shaharul.

Ustaz Kassim yang memerhatikan gelagat Shaharul bertanya:
“Apakah anta berasa gembira bila berkata buruk mengenai bos anta?” tanya Ustaz Kassim.
“Makin geram makin marah adalah – tapi boleh lepas geram,” kata Shaharul.
“Lepas geram, maksudnya lepas ini, tak berkata lagi mengenai bos anta?” tanya Ustaz Kassim.“Tak… mengapa ustaz?” tanya Shaharul.

“Anta tengah meracun diri sendiri, tapi anta tak sedar,” kata Ustaz Kassim.
Shaharul terdiam. “Aku tengah meracun sendiri?” bisik dia di hati. “Bagaimana tu ustaz?”
“Selain bernafas tanpa sedar, tahukah anta bahawa ada lagi satu aktiviti badan yang kita lakukan tanpa sedar tetapi kita merasainya,” tanya Ustaz Kassim. Shaharul menggelengkan kepala.

“Iaitu menelan air liur. Tapi pernahkah terfikir, apakah fungsi air liur yang dicipta Allah selain yang kita pelajari untuk menghadamkan makanan?” tanya Ustaz Kassim lagi.
Shaharul berfikir sejenak… “Payah betul soalan ustaz. Mohon pencerahan.”

“Air liur adalah salah satu makhluk Allah yang sentiasa keluar dari rongga tanpa disedari oleh manusia. Ia terdiri dari pelbagai bentuk molekul yang akan berubah sebagaimana air lain. Bilamana kebaikan yang diterima, didengar, dilihat, dibaca atau disentuh, maka molekul air akan berubah membentuk nilai yang baik, demikian sebaliknya. 

"Maka setiap orang sebenarnya membentuk perlakuan berdasarkan air liur yang ditelannya,” terang Ustaz Kassim. “Jadi maksudnya….?” Kata Shaharul yang semakin berminat. “Sedarkah kita bahawa apabila kita melihat benda lazat, kita menelan air liur, apabila kita bercakap kita menelan air liur, apabila kita mendengar sesuatu dengan khusyuk, kita menelan air liur, ketika kita mengumpat, kita menelan air liur dan pelbagai aktiviti lain, termasuk ketika anta (yang membaca) mendengar penjelasan ana ini? Dah berapa kali telan air liur sejak ana mula bercakap?” tanya Ustaz Kassim.

“Tak perasan pula. Rasanya banyak. Masa ustaz cakap, air liur terasa banyak terhasil… hmmm… mengapa ya?” tanya Shaharul lagi.
“Mengapakah Allah membuatkan manusia sedemikian? Apa fungsi air liur sebenarnya?
Ungkapan bahawa 'air liur penjaga kehidupan manusia' sememangnya ada asas. Apabila kita makan, air liurlah menjadi benteng pertama badan manusia. 

"Apabila kita membaca al-Quran, bercakap benda baik, melihat benda baik, mendengar benda yang baik dan melakukan benda yang baik - air liur berubah menjadi bentuk yang baik, dan apabila ditelan tanpa disedari, nescaya perasaan dan emosi kita terus berubah menjadi riang, yakin dan seronok."Renungkanlah mengapa apabila kita melakukan kebaikan, badan kita berasa riang dan seronok? Bagaimana pula ketika kita melakukan dosa? Adakah kita berasa seronok selepas itu atau gusar? 

"Ramai yang tidak sedar, bahawa air liur yang ditelan secara tidak sedar tersebut juga mempunyai peranan yang penting untuk menentukan emosi dan pemikiran kita,” terang Ustaz Kassim. Shaharul terpegun… “Jadi maksudnya kalau kita berkata tidak baik, maka emosi kita tak akan baik?” tanya beliau.

“Ya. Setiap kali kita mengumpat, kita akan melahirkan rasa yang lebih buruk sangka pada seseorang. Bukan sahaja orang yang mengumpat, tapi orang yang mendengar umpatan tersebut pun terkena. Ini kerana semasa mengumpat, molekul air liur kita berubah bentuk ke nilai yang tak baik, dan makin kita mengumpat, makin banyak air liur jenis ini ditelan.
"Begitu juga, dengan orang yang mendengar. Makin mendengar, makin khusyuk pada umpatan, makin banyak air liur jenis yang tidak baik terhasil, dan ditelan tanpa disedari. Sekiranya orang yang mendengar menyampuk dan sertai sama perbualan tersebut, maka lebih teruklah air liur yang ditelannya. 

"Akhirnya, orang yang mengumpat telah menyebarkan racun buruk sangka pada seseorang kepada orang lain kerana air liur yang ditelan tersebut,” tambah Ustaz Kassim lagi.
“Jadi sebab itu, ustaz hentikan perbualan ana tadi? Ustaz biarkan ana bercakap tanpa menyampuk?” tanya Shaharul.

“(Gelak dan senyum)… ya tak ya… petuanya mudah kalau tak nak kena air liur beracun - jauhilah mengumpat, dan jauhilah orang yang mengumpat. Perisai untuk menjauhi mengumpat, ialah dengan senyuman dan jangan sampuk perbualan orang yang sedang mengumpat,” kata Ustaz Kassim.



- moga memberi manfaat kepada semua -

Monday, January 28, 2013

sudah ader penyewa..

***********************************************************************
Alhamdulillah rumah baru ku sudah ada penyewa...smoga dia menjaga rumahku dgn baik sekali rumah pertamaku ini...


Blok C-7-8
3 bilik 2 bilik air
870 kaki persegi
berdekatan dengan Taman Rekreasi Ulu Yam / Empangan Batu
20km daripada Bandar Kuala Lumpur
parking berbumbung : C-68
kemudahan disediakan : taman permainan dan kolam renang

**********************************************************************

Thursday, January 17, 2013

Salam dari Kubur

assalamualaikum semua...
di hari yg indah pagi2 jumaat ni..
jom renung2kan...

 
1). Aku adalah tempat yang paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD 

2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM. 

3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN. 

4). Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH, 

5). Aku yg menyempitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT 

6). Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang amat2 sangat  sakit, bebaskan rendaman itu dgn PUASA.. 

7). Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH" 


selamat beramal...

Wednesday, January 9, 2013

Bukit Larang Indah

Alhamdulillah...rezeki dr Allah ni...kebetulan tgh sibuk2 mencari rumah kata area merlimau ni yg harga melampau2 mahalnya...korang bayangkan la rumah semi-D (40 x 80) harga RM260++K...tak ke mcm harga rumah kat KL...adoii...bukan tak berapa mampu nk beli...cume terpikir..kalo pindah nt ape nasib rumah besar tu...takkan nak jual...syg la kan...

bermula aktiviti mencari rumah sebelah pagi kat area Sg Rambai...ok tu ok besar jugak la...harga mmg mampu milik..tp jauh la plak dr opis..tak nak la...pastu kawasan persekitaran dikelilingan plak ngan pokok getah...baik tak payah...huhu....

perjalanan diteruskan ke area Simpang Pantai plak...mmg ader rumah yang tgh dibuat..tp kecik la plak...22 x 65 je...hurmm...sama mcm rumah sekarang...kalo boleh nak yang besar skit....so cancel...xjd nk beli kat situ...huhu...

dh penat balik umah rehat + masak + makan tghr dulu..petang kang sambung kat area Ayer Molek & Kandang plak...dan kebetulan sekali lagi ader student mintak tolong hantarkan dia ke Melaka Central..ok la sbb satu jalan kan...otw nk ke Melaka Central tu nampak signboard Taman Bukit Larang Indah ni...tp kene anta dulu student ni..sbb katanya tikat bas ader kul 4...gi2 kat kaunter..tiket bas plak habis...hahaha...tu la...tak beli awal2 lagi...tiket ade kul 9 malam...so decide bawak dia gi tgk umah tu...hehe....

dan memang kebetulan lagi....mmg tgh ader jamuan pembukaan tapak rumah baru tu...show house mmg mantap...tp tak leh nak amik gambar plak...adoii...hati aku ngan en hubby mmg terus terpikat dengan rumah tu....semi-D cluster...luas tanah 35 x 70...bukaan rumah 25 kaki...besar skit la dr rumah skrg...senang dayana nak main lari2..hehehe...

mmg dh rezeki kan...kebetulan tu last day offer sape yang bli dpt rebat RM10K...ao ape lagi...terus ngap je la....terrus booking rumah tu...alhamdulillah semuanya dipermudahkan...rumah ni dijangka siap penghujung 2014...sempat la kumpul2 duit nk decorate rumah...hehe

brochure Taman Bukit Larang Indah

sila abaikan kaki tu...hahaha



Monday, December 31, 2012

Sepetang bersama Dayana

sepatang Dayana bersama makcik2, atok dan nenek di bandar Muar...
berjalan2 sambil menjamu selera....















malam plak gi makan2 kat Crystal Bay...
mode : tunggu Family Tok Chik ni...bile nak sampai ni...huhuhu

Holiday penutup tahun 2012

dh pertengahan bulan 1 dah ni...aku baru nak update holiday hujung tahun lepas..huhu...punyer la bnyk keje...adoiii.....


kronologi bulan 12...


1 Dis 2012
Dayah & Akmal dinikahkan...majlis pernikahan dan jamuan makan dibuat di Taman Koperasi Polis...

8 Dis 2012 
majlis resepsi kat umah pengantin lelaki plak...kat Taman Jasa Utama...


14 - 15 Dis 2012
bertolak ke Penang utk Cuti2 Malaysia...hehe...
percutian ditaja oleh Hj Janudin la...sape lagikan...heheh...

Persinggahan pertama di UTM, Penang utk amik Miya...sebelum bergerak masuk ke pulau...


otw nak ke hotel di Batu Feringgi singgah jap tepi pantai...perghhh...seronok...



posing sakan sumenyer...huhu

akhirnya...sampai jugak ke hotel...


pintu masuk bilik...bilik yang paling best...

master bedroom

ruang tamu...sila abaikan budak dlm gambar tu ye...hehe

bilik no 3

ruang tamu dlm bilik no 2

bilik no. 2

mmg best hotel ni..permandangan sekitar pun cantik2..jom layankan gambar2 yang sempat dirakam











16 Dis 2012

last destination ke Padang Besar, Perlis...ape lagi shopping sakan semuanya...beli jersi la, seluar la, skirt la....dh habis duit...habis jugak cerite....hehe...


17 -18 Dis 2012 

aku stay kat Sg petani dulu...menghabiskan cuti2 yang ada...


19 - 21 Dis 2012

balik semula ke Merlimau utk siapkan Fail Kecemerlangan yang sgt2 urgent tu...nasib baik sempat siap


21 - 26 Dis 2012

bertolak ke Sg. Petani semula...utk sambung cuti...cuti tergendala gara2 fail kecemerlangan tu....huhu....



next percutian dalam perancangan... welcome 2013