entry nk sedih giteww...tp memang sedih pun....sian my little princes...semenjak sibuk bebenor ni...susu badan mmg drop gile2...sian betul kat dayana kene bergantung kepada susu tepung...tp aku tak der la ralat sangat...kira ok la tu 9 bulan setengah dayana sempat merasa susu badan mama dia kan....sejak dia berumor 9 bulan lagi aku try search susu yang paling bagus utk anak aku ni...search punyer search ahirnya terjumpe la blog
hanisah ...so aku kongsikan skit ape yg aku jumpe kat blog2 yang lain...kiranya buat summary la ni....
1. Seperti susu lembu, susu kambing penuh krim tidak sesuai
bagi baby di bawah setahun kerana kandungan mineral dan protein yang tinggi.
Susu formula susu kambing (seperti Karihome) telah diubah komposisi mineral dan
protein supaya sama seperti susu ibu.
2. Susu kambing dihasilkan melalui proses yang sama seperti
susu ibu
- Merocrine
secretion - proses penghasilan susu lembu.
Komponen sel tidak termasuk di dlm titisan susu
- Apocrine secretion - proses
susu ibu dan susu kambing. Titisan susu dikeluarkan bersama2 dengan cebisan sel
ke dalam susu. Ini menyebabkan titisan susu mempunyai komponen sel yang tinggi
berbanding susu lembu, termasuklah komponen bioaktives seperti nucleotides.
3. Protein- susu kambing mempunyai komponen beta casein dan
kappa casein didalam nisbah yang menyerupai susu ibu. Manakala susu lembu tidak
mempunyai nisbah yang sama, dan formula susu lembu terpaksa menambah whey
protein untuk mendapat nisbah yang sama. Namun penambahan whey protein akan
menambah pula paras beta lactoglobulin yang mempunya sifat allergenic
(menyebabkan allergik)
4. Amino acid - kandungan amino acid di dalam susu kambing
menyerupai paras di dalam susu ibu. Malahan jenis amino acid di dalam susu
kambing adalah jenis yang disyorkan sesuai bagi bayi seperti yang disyorkan
oleh International Expert Group
5. Fats - Susu kambing mempunyai kandungan medium chain
fatty acids (MCFA) yang tinggi berbanding susu lembu dan susu ibu juga
mempunyai paras MCFA yang tinggi. MCFA diserap ke dalam badan dengan pantas
berbanding long chain fatty acids (susu lembu) dan tersedia untuk digunakan
sebagai tenaga.
Kajian juga
menunjukkan MCFA dapat mengelakkan pertumbuhan bakteria dan virus di dalam
usus.
6. Bioactives - susu kambing menyerupai susu ibu kerana
mengandungi bioactives walaupun dalam kuantiti yang kecil. Kepentingan
bioactives ini adalah bagi pertumbuhan bayi yang optimum, kesihatan usus dan
juga pertumbuhan otak. Di dalam formula susu lembu, bahan ini terpaksa ditambah
externally bagi memenuhi keperluan bayi.
7. Proses penguraian lebih mudah- susu kambing “digested”
lebih senang berbanding susu lembu
8. Baik bagi kesihatan usus bayi
9. Mengurangkan risiko allergy pada bayi
susu kambing Step 2... untuk bayi berumur 6-12 bulan...
susu kambing Step 3..untuk yang berumur 1 -3 tahun...
amik ko...harga susu kambing karihome...
harga memang terbaik dr ladang....tak pe la dayana, mama habiskan duit utk tumbesaraan dayana...nasib baik pakai pampers yg murah pun ok...kira dah save kat situ la....cer la kira bp sebulan boleh habis????...huhu....
sebulan (step 2) dayana minum 6 tin susu ni.....RM 43.90 (harga dulu la...)...total sebulan RM 263.40
tu belum masuk lagi duit pampers + pengasuh + minyak2 + mandian + makanan + buah2an...
anak punya pasal...xpe la berhabis pun kan....
start hari ni dayana dh minum susu step 3...RM 91.90 (beli kat babydash.com dapat murah skit)...so mama anggarkan yg dayana minum dalam 3 tin sebulan ...dah RM 275.70....
so far semenjak bertukar susu ni dayana baru sekali demam...batuk ngan selesema belum ade lagi...alhamdulillah....mama & papa akan cari yang terbaik untuk dayana ye...