CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

...nota dari Tuan Punyer Rumah yang tak bertanah...

blog ini adalah blog peribadi NUR WAHIDA JANUDIN. diulang skali lagi.BLOG PERIBADI. SO,segala tulisan,isi kandungan di dalam blog ini adalah penceritaan saya sendiri melainkan ia dinyatakan di situ bahawa saya mengcopy dan mengpaste cerita tersebut.penulisan di blog ini lebih kepada perjalan hidup saya. SO,andai kata ada di kalangan pembaca mungkin terkecil hati,terasa hati,diserang penyakit jantung mahupun penyakit yang membawa maut akibat dari membaca blog saya ini.SAYA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB SAMA SEKALI. saya tau ramai yang berpenyakit HATI selepas membaca nota ini. ape aku kesah. KAU ADA? lagi satu. penceritaan di blog ini adalah hak saya. jika anda tidak suka,dengan senyuman sampai ke telinga saya mengesyorkan anda click tanda "x" kat atas sekali belah kanan nun :)
"BLOG SAYA.HAK SAYA."

Pages

Sunday, February 26, 2012

6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM

6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM

1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh.. 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA

Friday, February 24, 2012

entry Sofea Zara...

sape Sofea Zara ni????anak member adik aku la...huhu....budak ni mmg tembam sgt2 n peramah..sgt fotogenik...xpayah buat2 comel mmg dh comel...sampaikan sume adik2 aku suke je kalo nk g jumpe dia....mane taknyer pipi melayut2....asal nampak kamera je pandai dia senyum...suke2...comel2....












kalo korang nk anak korang gebu mcm ni bagi minum susu anmum...harga mmg satu hal la...tp baby mmg sihat mcm ni...hehe... kat bawah ni gambar baby Muhammad Daniel Asyraf yg minum gak susu yg sama...sudah berumur 9 bulan berat baru 11 kg...nk dukung lama2 pun tak larat...hehe....selalu jugak la pinjam baby ni sbb dia duk kat sblh umah je...hehe.....

buat muka blur plak...br lepas bagi dia minum air zam2 ni...

Tuesday, February 14, 2012

cute baby

dh masuk minggu ke 29...tinggal lagi beberapa minggu je lagi...nerves ade..xsabar pun ader...huhu...stakat ni tak der mengidam ape2 yang pelik...cume suke tengok gambar baby yg comel terutamanya gambar zara sofea...sape Zara Sofea tu???ni kawan adik aku punyer anak...nanti aku buat entry lain utk dia k...gambar2 baby yg comel ni aku dpt dr email....jom layan kan...comel2 budak ni....budak mesti la comel..takkan yang dh tua bangka nak panggil comel jugak kan...lain la kalo muka tu babyface...hehe.....dh jom layan kan gambar2 yg comel ni....


















 The positive picture of children who will make you smile :)

Tuesday, February 7, 2012

10 benda tak dpt dibeli dgn DUIT

Zaman materialistik sekarang ini, semua orang mahukan duit. Orang dewasa, remaja bahkan kanak-kanak kecil sekalipun kenal dengan sekeping kertas yang diberi nama “duit”. Memang duit penting dalam kehidupan, tanpa alat tukar ini kita tidak boleh memenuhi keperluan hidup. Duit membuatkan manusia melakukan perkara yang diharamkan, manusia menjadi rakus kerana duit, manusia pecah amanah, rasuah, merompak, melacur malah membunuh manusia lain kerana duit. Kejayaan orang di zaman kini juga diukur dengan berapa banyak duitnya.

Tetapi walaubagaimana pentingnya duit, masih ada benda yang tidak boleh dibeli dengan duit.

1. Masa
Duit tidak akan dapat mengembalikan masa yang telah berlalu. Setelah hari berganti, maka masa 24jam tersebut akan hilang dan tidak akan mungkin akan kembali lagi. Oleh itu gunakan setiap kesempatan yang ada untuk menyatakan perhatian dan kasih sayang anda kepada orang yang sangat anda sayang dan anda cintai, sebelum waktu itu berlalu dan anda menyesalinya.Begitu juga dengan tanggungjawab dengan Allah, jika kita terlepas waktu Subuh pagi tadi, ia tidak dapat ditukar dengan berapa juta pun wang untuk kembali ke waktu Subuh tadi.

2. Kebahagiaan
Memang kedengaran pelik, tapi inilah kenyataannya. Duit memang boleh membuat anda merasa senang kerana anda boleh bercuti2 dgn mewah, memberi laptop dengan kemudahan yang sangat canggih, atau membeli kereta dan rumah mewah 8 tingkat sekalipun. Tetapi duit tidak boleh menghadirkan sececah kebahagiaan dari dalam lubuk hati kita. Berapa ramai orang kaya yang tidak boleh tidur walaupun dalam aircond yang sejuk dan dalam bilik yang super mewah yang katilnya berharga berpuluh ribu ringgit. 

3. Kebahagiaan Anak
Untuk membeli makanan dan pakaian yang bagus-bagus untuk anak tercinta memang memerlukan duit. Tetapi anda tidak boleh menggunakan wang untuk memberikan rasa aman, tanggungjawab, sikap yang baik serta kepandaian kepada anak2 anda. Hal ini memerlukan waktu dan perhatian yang anda curahkan untuk mereka dan amalan baik yang anda ajarkan. Duit memang membantu kita memenuhi aspek penjagaan, tapi waktu telah membuktikan bahawa keperluan asas tiap anak adalah berapa banyak masa yang diberikan orang tuanya, bukan “DUITnya”.

4. Cinta
Cinta tidak boleh dibeli dengan wang, akuilah hal ini benar. Memang dengan duit kita boleh membuat orang tertarik, tapi cinta berasal dari rasa saling menghargai, perhatian, berbagi pengalaman dan kesempatan untuk berkembang bersama. Itu sebabnya banyak pasangan yang berkahwin kerana duit, tidak bertahan lama atau pun tidak merasa bahagia.

5. Persahabatan
Untuk diterima oleh lingkungan pergaulan dengan sahabat, anda tak perlu duit. Apabila anda ingin diterima, fokuskan tenaga anda untuk membuat diri anda berharga bagi lingkungan sekitar dengan menjadi teman dalam suka dan duka.

6. Kesihatan
Kita memerlukan duit untuk membiayai rawatan dan membeli ubat, tapi duit tidak boleh menggantikan kesihatan yang hilang. Itu sebabnya pepatah lebih baik mencegah daripada mengubati.

7. Kejayaan
Beberapa orang memang ada yang mencapai kejayaan dengan menyogok, tapi ini adalah pengecualian. Kejayaan hanya berasal dari kerja keras, kemahuan, dan rezeki yang tertulis. Ada aspek kecil dari usaha menuju sukses yang boleh didapatkan dengan duit, misalnya mengikuti kursus atau membeli peralatan, tapi kejayaan lebih banyak berasal dari usaha yang anda lakukan sendiri.

8. Bakat
Kita dilahirkan dengan bakat tertentu. Dengan duit, yang boleh kita lakukan adalah mengasah bakat tersebut, misalnya belajar muzik. Namun para pakar mengatakan, untuk menjadi pakar di bidangnya, kita memerlukan bakat semulajadi.

9. Sikap yang baik
Banyak orang yang kaya raya tapi sikapnya kasar, sombong dan cakap besar. ada jugak yang tak berapa kaya mempunyai sikap sebegini. Tak sedikit juga orang yang sederhana yang tutur katanya sopan dan menunjukkan rasa hormat pada orang lain. Jadi, jumlah duit yang dimiliki bukan penentu sikap seseorang.

10. Kedamaian
Bila wang boleh membeli kedamaian, barangkali kita tak lagi mendengar tentang perang. Tetapi yang sering terjadi sebaliknya, duitlah yang menjadi sumber pertikaian dan permusuhan.



"Wang bukan segala2nya, tapi segala2nya memerlukan wang."

Wednesday, February 1, 2012

buat keje SYOK sendiri...

asyik entry luahan perasaan je...haha...mmg pun...dah ckp depan2 tak nak dgr...buat bodoh sombong je...malas nk layan...tp kalo tak layan nt naik plak nama anta kat org atasan...padahal taklimat yg diaorg bg tu mcm hampeh....dh la beban tugas mengajar dh banyak...ni sibuk plak ngan MQA la...itu la...ini laaa.....fedup aku...kelas melarat sampai kul 6 tu aku tak bising sgt...aku x amik flexi hour pun...ni tambah lagi beban keje nk buat dokumentation...kita buat keje penat2 org lain dpt nama...pastu plak...bagi hari rabu nk suh siapkan keje tu hari jumaat....mmg sengal....lagi satu amik rubrik org lain...ckp dh murnikan...then hantar kat semua org suh ikut rubrik tu utk sistem pemarkahan...dh la bg dh dekat pertengahan semester. ...pesal tak bagi hujung semester je...sbb dpt rubrik dr tuan yg buat tu lambat ke????sibuk ngan dokumentation, p&p ntah kemana....sume ni mengarut..nk compile markah ikut CLO PLO konon...data yg terhasil tak betul pun...sbbnyer jabatan2 lain takguna pun menatang compile tu lagi....yg jabatan kita ni sibuk2 nk gunakan dulu...nk tunjukan yg kita ni buat keje sgt2 ke???yang suruh buat tu tak ngajar pun subjek2 baru ni...tak leh pikir ke mmg compiler tu tak lehnk gunapakai sem ni...taklimat yg diberikan hanya utk isi markah then generate graf...tp tak terangkan pun nk tgk graf tu mcm mn...peratus yang mane nak kene tgk...nk tgk part mane yang capai KPI...sume  tu org2 ni tak pikir...tau nak siap je...bile dh salah tau plak suh kitaorg ni betulkan balik....ingat kita ni banyak masa ke utk semua tu....dh tu compiler tu plak kene guna komputer hitech...tinggi RAM and Word 2007...pc kat office ni ader lagi yg still pakai MIMOS...ala pc yyg sepatutnya dh dilupuskan tu...tak leh nak pikir ke bape biji pc je yg  bleh guna utk buat keje ko tu....lagi satu pasal lab plak...suh pindahkan pc kunun2nya pc br nak masuk minggu ni....bile dh alihkan PC2 tu sume gi tempat lain...dapat plak email pc2 baru tu tak dapat nak masukan minggu ni...tu pun tak tau lagi bile...dh tu p&p utk lab tu bile bleh jalan....nnk suh student bawak laptop sendiri ke??bape ramai je yg ader laptop...kalo hilang laptop budak2 tu sape nk tanggung???bile buat keje tu tak pikir langsung beban yang org lain terpaksa tanggung...sume nk lepaskan keje sendiri...tp menyusahkan org lain....elok la tu...mmg dah makin ramai org mcm ni...manusia akhir zaman....org ckp biar buat keje ikhlas...tp macam mane keje nk ikhlas kalo geng2 ko tu beban tugas sikit...ajar sume subjek yg senang2 n sama je...yg baru2 ni mcm kuli,...subjek baru memanjang dapat....satu sem tu sume subjek berlainan....mmg hampeh...hidup ni kan umpama roda...skrg mmg ko kat atas...ko tunggu la bile ko berada kat bawah...ko tau la nasib ko mcm mn nt....buat jahat berpada2 k...