CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

...nota dari Tuan Punyer Rumah yang tak bertanah...

blog ini adalah blog peribadi NUR WAHIDA JANUDIN. diulang skali lagi.BLOG PERIBADI. SO,segala tulisan,isi kandungan di dalam blog ini adalah penceritaan saya sendiri melainkan ia dinyatakan di situ bahawa saya mengcopy dan mengpaste cerita tersebut.penulisan di blog ini lebih kepada perjalan hidup saya. SO,andai kata ada di kalangan pembaca mungkin terkecil hati,terasa hati,diserang penyakit jantung mahupun penyakit yang membawa maut akibat dari membaca blog saya ini.SAYA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB SAMA SEKALI. saya tau ramai yang berpenyakit HATI selepas membaca nota ini. ape aku kesah. KAU ADA? lagi satu. penceritaan di blog ini adalah hak saya. jika anda tidak suka,dengan senyuman sampai ke telinga saya mengesyorkan anda click tanda "x" kat atas sekali belah kanan nun :)
"BLOG SAYA.HAK SAYA."

Pages

Wednesday, July 21, 2010

handphone...

tetibe rase mcm nk tukar hp la...bukan sbb duit dah terlampau banyak eh...sbbnyer teringin sgt nk pakai hp ni...sgt2 mengujakan....ader tak sape2 yg nak bg hadiah birthday hp ni kat aku??????????kalo ader alangkah bagusnya...tak payah la nak kumpul2 duit...heheh...tp kalo tak der yg nk bg maknenyer terpaksala kumpul duit....waaaa.....harap2 der la yg nk bg.....



nie hp HTC Touch Pro 2...kat pasaran harga dlm seribu lebih je (tp blum ader duit nk beli lg....)...harap2 der la sugar daddy yg nk bg kat aku...hahahahah

Tuesday, July 13, 2010

kursus CIDOS

hari ni bersamaan 14 julai 2010 terpaksa tangguhkan & akan kene gantikan kelas (nie yg malas ni...) semata2 WAJIB menghadirkan diri ke kursus CIDOS ni...ape itu CIDOS yang sibuk2 diperkatakan...binatang kuning2 kah???aku pun tak berapa nak amik tau...Makne CIDOS tu...

C - Curriculum
I - Information
D - Document
O - Online
S - System

tak leh nk tumpukan perhatian sgt la...masa study dulu ok je walaupun tak paham sgt pe yg lect tu membebel kat depan...mungkin sbb faktor keadaan bilik kot...dulu kat UTeM bilik beraircond dan suasana memberansangkan utk belaja...ecehceh...hahahah

skrg ni dah la panas..aircond tak der...nape aku kene guna makmal yg tak der aircond????
walhal aku penyelia makmal yg mempunyai 4 biji AIRCOND...
kenapa???????
adakah sbb aku ni staff baru so leh buli2 suh masuk makmal yg tak beraircond....
ataupun aku nie bukan person in charge...
hurmm...
nie bukan alasan aku malas nak attend this course ok...
aku cume melahirkan ketidakpuasan hati aku...
.line network plak lembab mcm siput BABI...opsss...heheh
tp memang pun lembab....dah tau nak wat kursus kene la tgk network mcm mane...
nie nak log in system pun bukan main lama lagi...
siap leh gi toilet dulu baru habis loading page tu....
wahhh...tension siott...
kenapa tak wat kursus time budak2 cuti sem...ni dah mengganggu pnp...
nak ganti kelas dah la payah..budak2 bukan nk dtg kelas malam pun...
kesian la kat budak2 yang duk jauh tu.....takkan nak dtg malam...
malam kan time rehat...
lg pun bukan dapat OT kalo wat kelas malam ni...
bukan nak berkira tp tu bukan waktu keje kan...
duit minyak lg, kalo jd pape kat jalan sape nk tanggung???
jawab sikit......
common la...bukan tak leh nak pikir...kalo wat hari jumaat pun tak pe sbb kelas pagi je...ptg tak der kelas...sj je nak susahkan org lain ganti kelas.....arghhhh.....
orang lain pun aku tgk der yg dh ngantuk2..hahah....
aku siap balik office gi amik gula2 lagi...hehe...bekalan time ngantuk.....
aku tgk en scandal berada dalam kebosanan...
tak leh nk gedik2 ngan dia sgt...t ader org ckp2 blakang plak....
bosan2.....bosan2...
ramai yg aku tgk tgh berborak2...hahahah
dah mcm bukan gi kursus dah...
lantak la....
aku nak main game...
malas nk layankan sume ni.....

Wednesday, July 7, 2010

Peringatan dan Renungan

aku der dapat artikel ni dr FB...so aku harap dengan adanya artikel ni dapatlah membuka pintu hati untuk bertudung...tak panas pun pakai tudung ni...tak ilang pun kecomelan/kecantikan bile pakai tudung ni...sekarang ni pun macam2 jenis tudung ader...nak ngan tak nak je...renung2kan dan selamat beramal....


"Wahai Wanita.. Wahai wanita tidak bertudung, Sungguh cantik alunan rambut mu, Bebas menggerbang kemas terikat, Terserlah di bawah cahaya mentari, Mentari dunia yang tak sehebat neraka, Iaitu api yang kan membakar rambut mu, di hari akhirat hari penentu, maka hang...uslah segalanya, hilanglah cantik alun rambut mu, tiada lagi yang menggerbang, tiada lagi yang terserlah. Oleh itu jadikanlah diri mu, Sebahagian daripada wanita-wanita yang bertudung. Wahai wanita yang bertudung, Sungguh cantik alas kepala mu, Ringkas pendek tersempang rapi, Tersembul jambul tertutup dahi, Terserlah lah bentuk tubuh, Mengapa tidak dilindungi? Rimaskah dengan tudung labuh ke dada? Panaskah dengan pakaian sedemikian rupa? Tidakkah kau ingat, Kepanasan api neraka itu lagi hebat membakar, Menjilat rentung kesemua mereka yang ingkar, Mereka itu wanita yang tak bertudung, Kau tidak ubah seperti mereka walau bertudung. Oleh itu jadikanlah dirimu, Sebahagian daripada mereka yang bertudung, Bertudung labuh hingga ke paras dada. Wahai wanita bertudung labuh, Sungguh cantik terlindung rambut mu, Sungguh ayu tertutup bentuk tubuhmu, Yang terzahir jelas gaya kesopananmu, Mengaburi segala yang tersirat di hati, hanya diri sendiri yang menghakimi, mungkin suci ikhlas kerana Illahi, atau berdebu dengan sebab duniawi, riak wajah nampak tawadhu’, riak jiwa rupanya menunjuk-nunjuk, alangkah ruginya andai benar begitu, kerna azab masih tak terlepas dari mu, serupalah sahaja diri mu ditunggu diseksa, tidak ubah seperti wanita tak bertudung, sama dengan mereka yang menyempang tudung. Oleh itu jadikanlah dirimu, sebahagian daripada mereka yang bertudung, bertudung labuh hingga ke paras dada, tersemat jua bersamanya rasa taqwa. Wahai wanita yang bertaqwa, Andai kau telah sampai ke tahap ini, Dengan akhlak mahmudah terpahat di hati, Syariat islam sebati dalam diri, Maka layaklah dikau mendapat ganjaranNya, Yang dijanjikan di akhirat nanti, Dan tatkala di dunia ini lagi, Muslimah solehah kau digelari, Menjadi idaman setiap muslim soleh, Yang sukar sekali untuk diperoleh. Wahai muslimah solehah pula, Jadilah mukminah mujahidah, Mujahidah yang akan menyeru, Agar ditinggalkan dirinya yang dahulu, Mujahidah yang akan berdakwah, Agar diri dan umat berubah, Mujahidah yang akan mengajak, Agar islam kembali tertegak. Dengarlah wahai wanita.. Sahutlah seruan ini.. *Majukan atau Tandakan peringatan ini kepada rakan atau orang yang anda tidak akan lupai. Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah mula melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik, InsyaALLAH. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia..."

sekian....