Menurut saudari Eisya Insyirah nak mengetahui sama ader seseorang tu telah jatuh cinta dengan seseorang, anda boleh mengetahui melalui perkara-perkara spt berikut:- 1. Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya. (ye ke??? mmg pun...tapi bape lama nak tahan rase kemarahan tu)
2. Anda akan sentiasa merindui dia. (mmg rase rindu pun...walaupun satu office...huhu...rindu je setiap masa...heheh....gatai nye)
3. Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan. (tak pun...rimas la jalan pelan2 ni...lenguh kaki)
4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya. (kadang2 la...tgk situasi la..takkan la setiap masa nak malu..huhu)
5. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas. (ye ke??..ke ader sakit jantung...hehe)
6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab. (mmg pun...so sweet)
7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang. (nampak sgt miangnyer...nampak je org kat sekeliling)
8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada. (tak la...skrg ni th dgr lagu rock la.....rock kapak...hheheh)
9. Dia sentiasa di fikiran anda. (mmg pun..tepat sekali)
10. Anda akan sentiasa terhidu baunya. (aah...time wangi2 je la...kalo time busuk tu gi jauh2...jgn dtg dekat)
11. Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia. (kalo tengah marah takkan nak senyum2 gak...gile pe...)
12. Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya. (ye ke...tgk situasi la)
13. Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda. (yup..tentulah si DIA...hehe)