Pages

Wednesday, February 20, 2013

Kelahiran vs Kematian

Tazkirah di pagi Khamis.....



1- Ketika kamu dilahirkan, azan dilaungkan di telinga kamu, ketika kamu meninggal, kamu disolatkan tanpa azan.

2- Ketika kamu dilahirkan, kamu tidak ketahui siapa yang mengeluarkan kamu dari perut ibumu. Ketika kamu mati, kamu tidak tahu siapa mengusung kamu ke kubur.

3- Ketika kamu dilahirkan, kamu dimandikan dan dibersihkan. Ketika kamu mati, kamu juga dimandikan dan dibersihkan.

4- Ketika kamu dilahirkan kedua ibubapa kamu dan saudara-mara bergembira. Ketika kamu mati, kami ditangisi kedua ibubapa kamu dan sanak-saudara.

5- Kamu dicipta daripada tanah, Maha Suci Allah yang mengembalikan kamu kepada tanah.

6- Ketika dalam perut ibu kamu berada dalam tempat yang sempit dan gelap, ketika kamu mati, kamu juga berada dalam kubur yang sempit dan gelap.

7- Ketika kamu dilahirkan, kami ditutupi kain supaya aurat ditutupi, ketika kamu mati, kamu dikafan dengan kain supaya auratmu tertutup.

8- Ketika kamu dilahirkan, kelahiran kamu dinanti-nantikan dan sering ditanya perkhabaran kamu. Ketika kamu mati, kamu tidak ditanya melainkan amalanmu yang soleh.....

dihebahkan drpd emel yang diterima drpd Mohd Hasbullah Bin. Mustafa ...

No comments:

Post a Comment