Pages

Friday, June 12, 2009

Persediaan & Prosedur Sblm Pernikahan..

Time-time cuti sekolah ni mmg banyak pasangan yang melansungkan perkahwinan...Walaupun aku lum lagi nak kawin tapi aku nak kongsikan beberapa persediaan & prosedur sebelum penikahan bagi yang dah terdetik kat hati dia nak kawin...hehe...


Proses Dokumentasi Pihak Lelaki


Langkah 1

Sediakan:-
  1. Borang permohonan
  2. Sijil kursus (Jab Agama Islam Negeri / JAKIM / JPM)
  3. Surat Akuan Bujang / Surat Cerai / Surat Mati (surat2 ni bleh didapati di tempat anda bekerja)
  4. Salinan My-Kad (1 salinan bg pemohon, pasangan dan 2 org saksi)
Langkah 2

Untuk pengsahan Borang pemohonan (mesti dilakukan 1 bln sblm tarikh ijab kabul / Slps jumpe Penolong Pendaftar (PP) Kawasan / Imam Jurunikah. Sila la bawak:-
  1. perkara2 di langkah 1 (item 1 -4)
  2. 2 saksi
  3. tandatangan dihdpn PP / Imam Jurunikah
Langkah 3

Dah siap langkah yg ke 2 tu..terus ke pejabat kadi daerah (utk dptkan surat kelulusan / kebenaran berkahwin).. Sila bawak
  1. perkara2 di langkah 1 (item 1 -4)
  2. X payah bawak saksi
  3. buat pembayaran utk mendptkan surat kelulusan kebenaran dgn resit kerajaan
  4. Dapatkan surat kebenaran berkahwin
Langkah 4

Serah surat kebenaran berkahwin kpd pasangan perempuan


Proses Dokumentasi Pihak Perempuan


Proses dokumentasi pihak perempuan hampir sama dgn pihak lelaki cume der penambahan spt salinan My-Kad Wali serta surat nikah/cerai kedua ibu bapa. Setelah pihak lelaki menjalankan proses dokumentasi bg pihaknyer kini tiba plak giliran pihak perempuan membawa bersama-sama borang yg tlh disiapkan utk proses mendapatkn surat kebenaran berkahwin. Kebiasaanya urusan ini dijalankan oleh pihak perempuan.. Stlh sume proses selesa, segala dokumentasi akan diserahkan kpd jurunikah kawasan dimana pernikahan akan dijalankan....


Dokumen yg perlu ada utk pendaftaran perkahwinan


  1. Borang Permohonan
  2. Sijil Kursus
  3. Surat akuan bujang / dara
  4. Salinan kad pengenalan
  5. Surat kebenaran berkahwin
  6. Borang HIV
nie serba sedikit info yg aku dpt la...harap2 berguna la kepada yg dah gatal nak kawin tu...heheh

1 comment: